Ikuti Kami:

Selepas 4 Tahun Berehat, Jun Jihyun Dikatakan Bakal Kembali Dengan Drama Terbaru Garapan Penulis ‘Signal’

Selepas 4 Tahun Berehat, Jun Jihyun Dikatakan Bakal Kembali Dengan Drama Terbaru Garapan Penulis ‘Signal’

Jun Jihyun merupakan antara pelakon yang paling laku di dalam industri lakonan Korea. Bukan sahaja filem yang berebut mahukannya sebagai teraju utama tetapi pengarah drama juga beratur panjang bagi meyakinkan wanita ini untuk menjadi wajah kepada naskhah mereka.

Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa dia akan membintangi dalam siri “Kingdom” tetapi tiada lagi kesahihan kepada berita ini. Kini dia dikatakan telah dilamar untuk menjadi pelakon utama kepada drama “Mount Jiri” dan ianya digarap oleh penulis Kim Eunhee.

Agensi kepada pelakon wanita itu iaitu Culture Depot juga mengeluarkan kenyataan mengenai berita ini.

Jun Jihyun sedang menimbal balik tawaran ‘Mount Jiri’ tulisan Kim Eunhee ini dengan positif.

Kalau anda nak tahu, Kim Eunhee merupakan seorang penulis skrip yang terkenal di Korea. Antara drama popular garapannya ialah “Sign”, “Ghost”, “Three Days”, “Signal” dan siri “Kingdom”.

jun jihyun berlakon drama baru

Kalau benar Jun Jihyun menerima tawaran tersebut, ini merupakan drama pertamanya selepas 4 tahun di mana drama terakhirnya ialah “Legend Of The Blue Sea”. Produksi “Mount Jiri” akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini dan ianya bakal ditayangkan sama ada pada lewat 2020 atau pun awal 2021.

Sama-sama kita nantikan sama ada Jun Jihyun bakal membuat kemunculan semula dalam drama Korea tak lama lagi!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...