Ikuti Kami:

Selepas 3 Tahun, CNBLUE Bakal Rilis Album Baru Hujung Tahun Ini Dengan Tiga Ahli Sahaja

Selepas 3 Tahun, CNBLUE Bakal Rilis Album Baru Hujung Tahun Ini Dengan Tiga Ahli Sahaja

Khabarnya ahli CNBLUE iaitu Jung Yong-hwa, Kang Min-hyuk dan Lee Jung-shin sudah pun menandatangani kontrak baru bersama FNC Entertainment baru-baru ini.

Bahkan berita itu turut disahkan sendiri oleh syarikat tersebut selain menambah bahawa CNBLUE bakal membuat ‘comeback’ dengan album baru pada hujung tahun ini.

Siapa yang tak kenal CNBLUE kan? Terutamanya, peminat K-Pop lama! Kumpulan ini yang memulakan kerjaya seni mereka di Korea pada tahun 2009 telah meriliskan banyak lagu hit seperti “I’m A Loner”, “I’m Sorry” dan “Can’t Stop”.

album baru cnblue

Disebabkan kesemua mereka sudah berjaya menghabiskan latihan khidmat ketenteraan pada tahun ini, ketiga-tiga ahli tersebut kini akan mula bersiap sedia untuk berjumpa peminat yang sudah lama merindukan alunan muzik mereka.

Pun begitu, ini adalah kali pertama CNBLUE akan mengeluarkan muzik dengan tiga ahli sahaja memandangkan Lee Jong-hyun yang telah rasmi keluar daripada kumpulan dek kontroversinya iaitu terlibat sama dalam ruangan sembang bersama Jung Joon-young yang memuat naik pelbagai video seksual wanita.

Tak sabarnya nak saksikan CNBLUE beraksi semula!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...