Ikuti Kami:

Selepas 2 Tahun Tayangan, ‘100 Days My Prince’ Bakal Temui Penonton Di Netflix Disember Ini

Selepas 2 Tahun Tayangan, ‘100 Days My Prince’ Bakal Temui Penonton Di Netflix Disember Ini

Tak silap, ramai yang minat drama “100 Days My Prince” yang ditayangkan di tvN pada tahun 2018.

Sinopsis

Bagi yang tidak tahu, drama ini mengisahkan tentang Lee Yul, lakonan Do Kyungsoo (D.O EXO) iaitu seorang Putera Raja Joseon yang sangat dingin dan kuat mengarah walhal sebenarnya dia seorang yang sangat sunyi. Pada suatu hari, dia telah memaktubkan undang-undang di mana semua rakyat Korea perlu berkahwin sebelum mencecah usia 28 tahun.

Hongshim (lakonan Nam Jihyun) merupakan seorang wanita yang bijak dan bekerja keras untuk menampung ayahnya. Dia juga merupakan anak dara yang paling tua di dalam kampung yang didudukinya dan dia perlu mencari seorang suami bagi mengelakkan hukuman daripada pihak atasan.

netflix 100 days my prince

Dalam satu cubaan membunuh, Lee Yul telah cedera parah dan dia dijaga oleh Hongshim dan ayahnya. Kerana kecederaan itu, lelaki tersebut hilang ingatan buat sementara waktu dan mula merayau sebagai orang biasa yang tidak mempunyai nama. Kerana undang-undang yang telah ditetapkan oleh Lee Yul sendiri, dia dan Hongshim akhirnya dipaksa berkahwin supaya dapat mengelakkan hukuman dan menyelamatkan kampung tersebut daripada kemarau.

Bakal temui penonton di Netflix

Selepas dua tahun tamat tayangan, khabarnya drama yang diterajui oleh Do Kung-soo (EXO), Nam Ji-hyun, Kim Seon-ho dan Han So-hee bakal ditayangkan menerusi Netflix pada 7 Disember nanti.

netflix 100 days my prince

Kepada semua yang belum tengok lagi, bolehlah tonton “100 Days My Prince” di Netflix nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...