Setelah dua tahun tidak mengeluarkan album penuh, nampak gayanya Red Velvet bakal kembali tak lama lagi.
Selepas berterbangan khabar angin mengatakan kumpulan idola itu sedang dalam persiapan untuk meriliskan album baru, SM Entertainment tampil memberikan kenyataan rasmi,
Red Velvet kini sedang menyiapkan album baru dan menjadikan Ogos sebagai sasaran untuk melakukan comeback. Sila nantikannya.
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan comeback pertama kumpulan ini dengan ahli penuh sejak “Psycho”.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.