Ikuti Kami:

Selepas 19 Tahun, Lee Yeonhee Undur Diri Daripada SM Entertainment

Selepas 19 Tahun, Lee Yeonhee Undur Diri Daripada SM Entertainment

Khabarnya Lee Yeon-hee bakal meninggalkan SM Entertainment tak lama lagi selepas sekian lama bersama agensi tersebut.

Menurut laporan media pada 17 November, sumber daripada agensi SM Entertainemnt mengesahkan bahawa kontrak eksklusif Lee Yeon-hee bersama agensi tersebut akan tamat tak lama lagi. Tambah mereka lagi, pihak agensi tersebut akan sentiasa menyokong kariernya pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja, terdapat khabar angin mengatakan bahawa pelakon wanita itu akan menyertai VAST Entertainment iaitu agensi yang menaungi Hyun Bin, Lee Jae-wook dan ramai lagi. Selepas berita itu tersebar, agensi berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka masih lagi berunding namun belum mencapai sebarang kata putus lagi.

lee yeonhee

Selepas berkahwin dengan lelaki pilihannya pada Jun lepas, nampaknya Lee Yeon-hee kini akan terus melangkah ke lembaran hidup baru dengan meninggalkan agensi yang membawanya ke dalam dunia lakonan.

Selamat maju jaya buat Lee Yeon-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...