Ikuti Kami:

Selepas 17 Tahun Terjebak, Yoo Ahin Nekad Mahu Berhenti Merokok Pada Tahun 2021

Selepas 17 Tahun Terjebak, Yoo Ahin Nekad Mahu Berhenti Merokok Pada Tahun 2021

Unik betul entri Yoo Ah-in di laman Instagram miliknya bru-baru ini. Nampaknya dia nekad ingin mengubah gaya hidupnya bagi tahun baru yang akan menjengah tak lama lagi.

Memuat naik beberapa foto sedang menghisap rokok, pelakon popular itu meluahkan mahu menghentikan tabiat buruk itu selepas 17 tahun terjebak dengannya.

Pertama kali, semuanya adalah untuk ‘menunjuk’ sahaja. Awalnya gatal namun kemudiannya ia mula berasa sedap. Dan mula merasakan bahawa saya boleh bernafas dengan lebih baik. Saya tak boleh hidup tanpanya. Selama hampir 17 tahun. Bau, tapi mungkn saya akan merinduinya kan? Bau rokok yang melekat pada rambut saya pada malam itu. Batuk batuk. Selamat tinggal rokok. Pada 2021, saya akan berhenti merokok dan bersenam dengan lebih gigih. Saya akan menjadi lebih sihat. Saya akan selamatkan diri saya menerusi kesihatan. Satu keputusan hebat yang lahir daripada kehidupan dipenuhi asap rokok!

Tolong ucapkan tahniah kepada saya. Saya akan hidup dengan badan yang lebih baik. Dan saya juga akan berehat banyak. Saya akan berehat dan bernadfas dengan lebih baik. Tapi di mana anda semua? Saya mahukan lembali keseronokan berada di Instagram! Kalaulah terus bosan seperti ini, saya akan bertukar kepada TikTok. Tapi bagaimana TikTok berfungsi? Saya tak tahu, saya akan usahakannya. Ini lebih senang. Selamat Hari Krismas semua. Semoga awak semua depnuhi rahmat untuk tahun baru ini. Kesemua kesaahan yang saya lakukan pada masa lepas, menyebabkan orang lain mula menghisap rokok dek gambar lama saya dan menyebabkan jiran tetangga terdedah dengan asap rokok, saya akan balas dengan hidup lebih lama. Mari kita semua hidup lama. LAMA.

Kalau awak nampak saya merokok, laporkannya di sini. Dan sesiapa yang buat lawak dan mengatakan Yoo Ah-in dah nampak macam khinzir sekarang, kalau awak tampil ke hadapan, saya akan belanja makan daging khinzir.

Nampaknya Yoo Ah-in nekad nak berhenti merokok. Semoga berjaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...