Ikuti Kami:

Selepas 11 Tahun, Sunye WONDER GIRLS’ Kembali Aktif Dalam Industri Hiburan Korea

Selepas 11 Tahun, Sunye WONDER GIRLS’ Kembali Aktif Dalam Industri Hiburan Korea

Nampaknya, bekas ahli kumpulan WONDER GIRLS’ iaitu Sun-ye akan kembali dalam dunia industri.

Baru-baru ini, Sun-ye muncul dalam sebuah program musim ke-3 “High School Mom and Dad” yang bakal ditayangkan pada 1 Februari nanti.

Dalam video teaser itu, Sun-ye mendedahkan bahawa dia secara rasmi telah kembali ke Korea dari Kanada dan menyambung semula aktivitinya dalam dunia hiburan, bermula dengan penampilannya dalam sebuah muzikal.

sunye wonder girls

Selain itu, pihak produksi “High School Mom and Dad” berkata,

Sun-ye yang juga merupakan ibu bapa proaktif yang memberi nasihat kepada ibu bapa muda yang datang ke rancangan itu untuk mendapatkan nasihat. Sila nantikan kata-kata nasihat ikhlas Sun-ye pada episod 1 nanti.

Untuk maklumat, Sun-ye telah debut dibawah kumpulan WONDER GIRLS’ pada 2007. Kemudian, dia berkahwin pada tahun 2012 dan meninggalkan dunia hiburan Korea.

Semoga kejayaan Sun-ye kembali bersinar!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...