Ikuti Kami:

Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk COVID-19, Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

Selebriti Korea Derma Berjuta Untuk COVID-19, Netizen Kritik Artis Malaysia Minta Bantuan Kerajaan Pula

Siapa sangka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pada awalnya hanya berlangsung selama dua minggu kini telah dipanjangkan lagi sehingga 14 April kerana penularan COVID-19 yang kian meneruk. Selepas pengumuman ini, keluhan rakyat dapat didengari di seluruh Malaysia atas sebab simpanan yang kian berkurang dek kerana terpaksa ‘bercuti’ untuk seketika ini.

Atas dasar kepentingan rakyat, Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan inisiatif Tabung COVID-19 dengan geran RM1 juta bagi membantu golongan yang terjejas kerana wabak ini. Bahkan, para jemaah menteri juga telah bersetuju untuk memotong dua bulan gaji mereka untuk disalurkan kepada usaha baik ini.

Artis adu perit sepanjang PKP

Pun begitu, terdapat pula beberapa artis tanah air yang meluahkan rasa tidak puas hati dan menegakkan bahawa mereka juga menerima impak yang teruk dek kerana perintah ini dan meminta pihak kerajaan supaya turut membantu golongan anak seni. Antara selebriti yang meluahkan perkara yang dah terbuku di hati ini ialah Tomok dan juga Black.

Hidup mewah namun minta bantuan?

Melihatkan jeritan pertolongan mereka, ramai netizen yang melahirkan rasa hairan dengan permintaan selebriti tersebut. Ini kerana, seperti yang dapat dilihat menerusi laman media sosial, mereka semua menjalani kehidupan yang sangat mewah seperti tinggal di rumah besar selain mempunyai kereta yang berjenama. Jadi, kenapa para selebriti ini memerlukan bantuan kerajaan?

Artis Korea derma, artis Malaysia…

Bahkan terdapat juga netizen yang membandingkan ‘perangai’ selebriti Malaysia dengan artis daripada Korea yang berlumba-lumba memberikan sumbangan supaya dapat membantu negara mereka melalui wabak COVID-19 ini. Bahkan jumlah yang didermakan bukanlah sedikit, malahan memakan belanja berjuta.

artis korea derma berjuta unutk covid-19

Sumbangan ini dilakukan bagi mendapatkan stok bahan pelindung seperti topeng muka dan cecair pembasmi kuman untuk golongan yang memerlukan. Siap ada selebriti Korea yang memotong sewa bulanan kepada premis perniagaan yang menghuni di bangunan milik mereka sepanjang wabak COVID-19 ini masih berleluasa.

Mungkin nak dibandingkan pendapatan artis Korea dan artis Malaysia macam tak setanding kerana naskhah daripada negara sana menerima ‘demand’ daripada seluruh dunia. Tetapi dengan gaya hidup artis tanah air yang serba mewah, sudah pasti ada yang mempersoalkan kenapa mereka perlu menerima insentif kerajaan.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...