Utama Celebrity News Selamat Berkhidmat! Nam Joohyuk Akan Sertai Latihan Tentera Hari Ini

Selamat Berkhidmat! Nam Joohyuk Akan Sertai Latihan Tentera Hari Ini

Ha, harini ke Nam Joo-hyuk masuk latihan kententeraan?

Terkini, Nam Joo-hyuk diumumkan akan melakukan pendaftaran di pusat latihan tentera pada 20 Mac hari ini.

Tambahan, majlis kemasukannya adalah tertutup serta tidak ada tempat yang berasingan buat pelakon itu untuk membuat sidang akhbar.

nam joohyuk

Untuk pengetahuan, selepas Nam Joo-hyuk memasuki pusat latihan kententeraan, dia akan menjalani latihan asas kententeraan selama lima minggu. Kemudian, dia merancang untuk berkhidmat sebagai ahli pasukan SWAT iaitu pasukan polis tentera.

Sementara itu, Nam Joo-hyuk telah selesai menjalani penggambaran siri asal Disney+ iaitu “Vigilante” dan dijangka akan ditayangkan semasa pelakon itu sedang melakukan latihan ketenteraan.

Semoga maju jaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERJTBC
Loading...