Ikuti Kami:

Selalunya Mesra, Kim Jongkook Kelihatan Canggung Bersama Hong Jinyoung Dalam ‘I Can See Your Voice 7’

Selalunya Mesra, Kim Jongkook Kelihatan Canggung Bersama Hong Jinyoung Dalam ‘I Can See Your Voice 7’

Meskipun sibuk dengan penggambaran rancangan “Running Man” pada setiap minggu, Kim Jongkook tetap setia dengan program “I Can See Your Voice” yang sudah pun masuk musim ke-7 baru-baru ini. Lelaki berbadan sasa itu sudah mengemudi rancangan tersebut sejak daripada musim ke-4 selepas menggantikan pengacara sebelumnya iaitu penyanyi Kim Bumsoo.

Kalau anda nak tahu, “I Can See Your Voice” ini merupakan premis rancangan hiburan di mana seorang penyanyi akan dijemput pada setiap minggu dan perlu memilih peserta bersuara hebat di antara peserta yang pekak nada. Jikalau tersilap pilih, penyanyi itu akan menyanyikan lagunya dengan penyanyi bersuara sumbang namun kalau peserta yang dipilih pandai menyanyi, mereka bakal meriliskan duet tersebut selepas rancangan tamat.

kim jongkook dan hong jinyoung

Bagi episod ke-2 dalam musim ke-7 ini, penyanyi lagu tradisional terkenal iaitu Hong Jinyoung telah pun dijemput sebagai penyanyi utama. Rata-rata penonton gembira dengan kehadirannya kerana suaranya yang sedap selain personaliti riangnya yang menghiburkan semua.

Peminat “Running Man” mesti tahu yang Kim Jongkook sering dipadankan dengan Hong Jinyoung dalam rancangan itu dan juga dalam program “My Ugly Duckling”. Selalunya nampak serasi tetapi penyanyi bersuara halus itu nampak janggal dan tidak mampu bertentang mata dengan wanita tersebut. Memang kena usiklah dengan ahli panel yang lain!

Jadi, bagaimana hubungan awak dengan Hong Jinyoung sekarang? Kalian baik sahaja kan?

Walaupun sedikit terkesima tetapi Kim Jongkook berjaya mengawal air mukanya dan menjawan soalan cepumas tersebut.

Kami okay sahaja.

kim jongkook dan hong jinyoung

Lee Teuk yang juga merupakan hos rancangan itu mula menyakat dan mengatakan bahawa ini adalah kali pertama dia melihat Kim Jongkook kekok seperti ini. Bahkan Hong Jinyoung juga pelik kenapa lelaki itu langsung tak pandang ke arahnya. Sambil tertawa, lelaki berbadan sasa itu menjelaskan bahawa dia sendiri yang meminta wanita tersebut untuk menyertai rancangan ini sebelumnya.

Saya memang benar-benar mahu dia menyertai program ini. Bahkan saya yang ajak dia ambil bahagian dalam program ini pada musim sebelumnya.

kim jongkook dan hong jinyoung

Sejak dah menjangkau usia 40-an ini, semakin ramai rakan selebriti yang cuba padankan dia dengan ramai wanita. Antara yang jadi mangsa mereka ialah Hong Jinyoung, Song Jihyo, Jun Somin dan ramai lagi!

Tapi siapakah yang akan menjadi isteri Kim Jongkook? Sama-sama kita tunggu!

Sumber: Mnet Official

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...