Ikuti Kami:

Selalu Terima Kritikan, Penonton Minta Lee Sungkyung Asah Lagi Bakat Dalam ‘Romantic Doctor Kim 2’

Selalu Terima Kritikan, Penonton Minta Lee Sungkyung Asah Lagi Bakat Dalam ‘Romantic Doctor Kim 2’

Siapa yang laju sahaja buka laptop dan handphone bila nak tengok update episod terbaru drama “Romantic Doctor Kim 2”? Ternyata sukses musim pertama naskhah ini membuatkan ramai yang berpusu-pusu menonton semasa musim keduanya diumumkan.

Walaupun pelakon asal seperti Yoo Yeonseok dan Seo Hyunjin tidak muncul dalam musim baru ini tetapi rata-rata penonton berpuas hati dengan penyertaan pelakon baru antaranya iaitu Lee Sungkyung dan Ahn Hyoseob. ‘Kim Sabu’ masih lagi kekal dilakonkan oleh pelakon veteran Han Sukkyu!

Sinopsis “Romantic Doctor Kim 2”

Untuk musim kedua ini, ia membawa kisah Dr. Kim bersama kehidupannya dengan orang baru selepas pelajar lamanya terpaksa pergi atas urusan masing-masing. Selain itu, pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Kerana mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woojin yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eunjae yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.

romantic doctor kim 2

Lakonan Lee Sungkyung terima reaksi bercampur

Kalau anda nak tahu, pelakon utama untuk musim ini iaitu Lee Sungkyung sebenarnya memulakan karier seninya sebagai seorang model. Dengan sosok badan yang ramping dan tinggi lampai serta anak mata berwarna coklat cair membuatkan gadis itu tampil unik dan menjadi rebutan ramai pereka fesyen.

Gadis itu berlakon buat julung kalinya menerusi drama “It’s Okay, That’s Love” pada tahun 2014 sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang akhirnya berpasangan dengan watak yang dimainkan oleh Lee Kwangsoo. Mungkin kerana baru terjun ke bidang ini, Lee Sungkyung ‘makan’ banyak juga kata cacian mengkritik mutu lakonannya yang teruk. Walaupun semakin popular dalam drama “Cheese In The Trap”, dia masih lagi dibelenggu dengan selaan mengenai lakonannya yang tidak memuaskan langsung. Sehingga ramai yang memintanya berhenti berlakon dan teruskan sahaja kariernya sebagai model.

lee sungkyung

Tidak mengalah, Lee Sungkyung berterusan cuba mencabar dirinya dengan berlakon dalam beberapa naskhah lain dengan watak yang versatil. Drama yang akhirnya berjaya melonjakkan namanya ialah naskhah berkisar tentang pelajar universiti yang menyertai sukan angkat berat pelajar “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo”. Rata-rata penonton memuji lakonan gadis tinggi lampai itu yang berjaya menjiwai watak sehingga membuatkan penonton sentiasa menyokong impiannya pada saban episod.

Penonton masih was-was dengan bakat Lee Sungkyung

Bagi penonton setia “Romantic Doctor Kim 2”, anda pasti tahu watak mainan Lee Sungkyung iaitu Cha Eunjae sebenarnya seorang pelajar perubatan yang selalu melarikan diri apabila diminta untuk melakukan sebarang pembedahan. Bukan itu sahaja, bahkan gadis itu akan muntah dan rasa macam nak pitam apabila melihat ke dalam ruang organ dalaman pesakit yang perlu diubatinya.

lee sungkyung dalam romantic doctor kim 2

Untuk episod terbaru ini, Doktor Kim telah menyerahkan tugas merawat seorang ketua mafia yang cedera parah kepada Cha Eunjae dan dia cuba menjalankan permintaan itu walaupun masih takut-takut.

Dek kerana babak itu, makin ramai penonton yang memuji lakonan Lee Sungkyung yang kian nampak realistik berbanding dengan lakonannya dalam drama lain sebelum ini. Pun begitu, masih juga ada sedikit kritikan supaya dia terus berusaha mengasah bakatnya lagi.

“Sangat seronok melihatkan diri awak yang sangat bersungguh-sungguh. Episod semalam sangat hebat, Cha Eunjae ketika di penghujungnya betul-betul hebat.”

“Lakonan Lee Sungkyung boleh diperbaiki lagi.”

“Lee Sungkyung menggunakan lontaran suara yang sama semasa drama ‘Kim Bokjoo’. Ekspresi wajah pun sama. Terutamanya ketika bercakap, pasti matanya akan membulat, mulutnya akan muncung. Sama sahaja.”

“Ketika episod 1 dan 2 sejujurnya lakonan Lee Sungkyung agak kekok. Tapi makin lama saya rasa lakonannya bertambah baik! Bukan sahaja pada tahap baik tapi sudah pada peringkat yang bagus.”

“Awak sedang melakukan yang terbaik!!! Awak sangat padan dengan karakter Cha Eunjae!”

“Bukan sahaja watak malahan pelakon… saya berhenti tonton sampai episod 2 sahaja. Kenapa penonton perlu melihat pelakon perbaiki lakonannya dalam drama. Padahal banyak lagi pelakon yang berbakat di luar sana.”

lee sungkyung romantic doctor kim 2

Baru episod 6 kan? Mungkin juga Lee Sungkyung akan lebih menjiwai wataknya pada episod yang akan datang. Melihatkan babak terakhir semasa lehernya dikelar secara tak sengaja nampak macam meyakinkan sahaja lakonannya.

Sama-sama kita saksikan episod “Romantic Doctor Kim 2” pada minggu hadapan!

Sumber: Herald Pop, Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...