Ikuti Kami:

Selalu Nampak Ejen National Intelligence Service (NIS) Dalam K-Drama? Ini Penjelasan Tentang Agensi Tersebut

Selalu Nampak Ejen National Intelligence Service (NIS) Dalam K-Drama? Ini Penjelasan Tentang Agensi Tersebut

Sesiapa yang rajin tonton K-Drama yang membawa tema jenayah atau penyiasatan pasti sering mendengar tentang National Intelligence Service (NIS) kan? Rasanya ramai yang tidak tahu mengenai asal-usul mahupun tugasan utama kepada organisasi dan buat-buat faham sampailah ke penghujung cerita.

Seorang individu di Twitter telah menjelaskan dengan mendalam mengenai NIS ini kepada semua peminat drama Korea untuk ilmu tambahan. Barulah anda tidak lagi terpinga-pinga apabila terdengar mengenainya dalam drama pada masa akan datang nanti.

NIS sebenarnya dikenali sebagai Korea Central Intelligence Agency pada awal penubuhannya pada 13 Jun 1961 sebelum ditukar pula kepada Agensi Perancangan Keselamatan Negara bermula 1981 sehingga 1999. Nama Perisikan Negara Korea Selatan (NIS) pula digunakan selepas fasa reformasi Chun Doo-hwan.

nis my secret terrius

Sejarah asal

Organisasi ini dipelopori oleh pasukan perisikan negara Korea Selatan dan bertugas meguruskan hal-hal berkaitan keselamatan negara dalam masa yang sama turut menjadi orang kanan pemerintah. Jangan terkejut sebab mereka juga berhak untuk campur tangan dalam kancah politik Korea Selatan. Fuh!

Asas kepada pertubuhan ini ialah Kor Lawan Perisikan Korea Selatan [Korean Counterintelligence Corps (KCIC)] yang telah diasaskan oleh Kim Jong-pil semasa Perang Korea lagi dan dianggotai oleh 3,000 orang kakitangan.

Kalau anda nak tahu Kim Jong-pil adalah ipar kepada bekas Presiden Korea Selatan Park Chung-hee dan juga merupakan lepasan Akademi Tentera Korea Selatan. Tak memeranjatkan apabila lelaki ini didedahkan sebagai ‘mastermind’ dalam peristiwa rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1961.

Presiden salah guna kuasa

Dengan kekuatan pertubuhan ini, Presiden Park Chung-hee menggunakan kelebihan tersebut untuk mengukuhkan kuasanya dengan memerintah dengan kuasa tentera dan secara kuku besi. Sesiapa yang mempunyai pemahaman komunis atau pun menentang kerajaan pasti akan dihukum menerusi agensi ini.

Walaubagaimanapun, hal ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa dan secara terangan melanggar Akta Mengenai Perlindungan Rahsia Tentera. Agensi ini sepatutnya bertindak melaksanakan operasi perisikan dan juga memastikan keselematan negara namun belanjawan yang diberi telah digunakan untuk satu perkara yang salah di sisi undang-undang.

nis 7th grade civil servant

Bukan itu sahaja salah guna kuasa yang berlaku di bawah agensi ini, antara yang lain ialah:

  • Menyeksa warga Korea Selatan di Jerman Timur kerana menyokong idea komunis sehingga hubungan diplomatik antara kedua negara itu putus
  • Menculik Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jong.
  • Menahan sewenang-wenangnya pelajar dan juga sesiapa yang dirasakan bersalah.
  • Mengatur Perlembagaan Korea Selatan supaya menyebelahi agensi tersebut.
  • Manipulasi pasaran saham dan memberikan rasuah kepada syarikat besar Amerika Syarikat.

Agensi Perancangan Keselamatan Negara itu kemudiannya diserbu secara besar-besaran dan dibersihkan selepas Kim Jae-kyu membunuh Park Chung-hee pada tahun 1979. Pun begitu, Kim Jae-kyu dan rakannya dihukum bunuh dan menyebabkan agensi ini hilang kuasa buat sementara waktu.

NIS dibersihkan dan diberi nafas baru

Pun begitu, selepas Chun Doo-hwan dilantik sebagai pengarah baru agensi ini, lelaki itu merasakan bahawa ia merupakan satu pertubuhan yang sangat penting kepada negara lantas mengubah namanya kepada Agensi Perancangan Keselamatan Negara (ANSP) dan mereformasikan semula keseluruhan organisasi ini.

Masih mengekalkan naungannya di bawah pantauan Presiden Korea Selatan namun kali ini agensi tersebut dikawal mengikut arahan preseiden selain patuh mengikut akta dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bahkan agensi ini mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada kuasa ketenteraan di negara itu.

nis vagabond

Pertubuhan ini kemudiannya bertugas mengumpul dan menyelaras semua aktiviti perisikan domestik dan kemudiannya kawasan jagaan mereka diperluaskan sehingga ke luar negara terutama sekali negara jiran. Selain itu, agensi ini turut bertanggungjawab mengumpul maklumat mengenai perihal keselamatan rakyat dan juga mana-mana plot untuk menjatuhkan kerajaan.

Segala aktiviti yang berlaku di bawah agensi ini seperti penyiasatan tentang pemberontakan, pengkhianatan, hal musuh dan rahsia kerajaan yang bocor tertakluk di bawah Akta Mengenai Perlindungan Rahsia Negara. Lantas semuanya dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat.

Kuasa agensi ini terus diperluaskan dan mereka dibenarkan untuk mengakses maklumat, dokumen dan fail mana-mana agensi kerajaan. Mereka juga turut bekerjasama dengan Defence Security Support Command, Pejabat Pendakwa Raya Negara dan Polis Kebangsaan Korea. Malahan Kementerian Keadilan mengerahkan ejen agensi tersebut di Perhimpunan Kebangsaan (parliamen) dengan tujuan untuk mengintip aktiviti ahli politik di segenap negara.

Terpalit kontroversi

Walaubagaimanapun, mereka dikeluarkan daripada Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 1988 kerana tidak mahu agensi terlibat lagi dengan kancah politik negara. Hal ini kerana ada pihak pembangkang yang mengatakan segala maklumat mengenai strategi mereka bocor kerana penggunaan perisik ini.

Kemudiannya, agensi ini turut menghentikan operasi pengintipan dalam mahkamah jenayah dan Mahkamah Agung Korea Selatan.

Bermula pada September 1989, agensi ini membuat perjanjian dengan Ketua ketua Pembuat Polisi Korea agar tidak lagi menyiasat aktiviti yang menyokong Korea Utara. Namun mereka terus menggunakan Akta Keselamatan Negara untuk menangkap mereka yang terlibat.

drama good casting

Meskipun banyak kontroversi yang terpalit pada agensi ini, mereka telah banyak menyumbangkan tenaga dalam membanteras pelbagai cubaan sabotaj dan pembocoran maklumat kerajaan selain menghalang ancaman daripada negara luar.

Bermula tahun 1999, agensi ini memainkan peranan yang penting dalam membantu Kementerian Penyatuan Korea dalam misi untuk menyatukan semula semenanjung Korea. Selain menyediakan maklumat dan fasiliti terbaik untuk melancarkan misi tersebut, mereka kekal melakukan pelbagai aktiviti perisikan tanpa gagal.

Segala pelantikan dan dana agensi ini dirahsiakan langsung daripada pengetahuan awam. Rupanya Malaysia pun ada juga agensi ala-ala NIS namun skop kerja yang sedikit berlainan. Namanya ialah Agensi Perisikan Luar Malaysia (MEIO). Wow!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...