Setelah sekian lama menunggu, sekuel kepada filem bencana popular “Train To Busan” iaitu “Peninsula” bakal diriliskan ke seluruh dunia pada Julai ini!
Membawa kisah 4 tahun selepas kejadian serangan zombi dalam filem pertamanya, dunia kini telah hancur akibat penaklukan zombi. Kang Dong-won yang membawa watak Jeong Seok telah menerima tawaran yang menggiurkan lantas kembali semula ke Korea selepas 4 tahun membawa diri.
Sekembalinya dia ke tanah air, Jeong-seok dan beberapa orang lain yang terselamat (dilakonkan oleh Lee Jung-hyun, Kwon Hae-hyo, Kim Min-jae dan ramai lagi) perlu meneruskan kelangsungan hidup dalam kalangan zombi. Dengan makhluk itu yang sensitif terhadap cahaya dan bunyi, digabung pula dengan manusia yang telah hilang kemanusiaan.
Dengan ini, pihak produksi “Peninsula” telah mengeluarkan poster bagi meningkatkan lagi jangkaan peminat.
Tak sabarnya nak tengok sambungan “Train To Busan”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.