Selepas sahaja Kang Gary memilih untuk meninggalkan rancangan “Running Man” pada tahun 2016, rata-rata peminat rancangan hiburan itu tidak dapat membendung rasa sedih mereka. 6 tahun bersama, sudah pasti ramai dah menganggap lelaki itu seperti rakan baik sendiri kan?
Walaubagaimanapun tak lama selepas itu, satu berita mengejutkan telah dilaporkan apabila Gary mengakui bahawa dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya dan turut akan menimang cahaya mata nanti.
Pun begitu, penyanyi rap ini berterusan menyorokkan identiti keluarga barunya itu daripada pengetahuan orang ramai sehinggalah dia membuat keputusan untuk muncul dalam program “Superman Returns” bersama anak lelakinya Ha-oh pada awal tahun ini.
Meskipun dapat melihat isteri Gary secara sipi-sipi sahaja, kebanyakan peminat lelaki itu teringin untuk melihat wanita tersebut secara terus. Hasrat semua orang akhirnya tercapai apabila nampaknya ibu kepada Ha-oh itu kini sudah mengambil alih akaun Instagram lama milik Ha-oh yang digodam dan tak segan untuk berkongsi gambarnya bersama keluarga kesayangan.
Seronoknya! Begitulah reaksi para peminat Gary dan juga Ha-oh apabila melihat wanita tersebut yang kini lebih terbuka dalam mendedahkan dirinya di bawah perhatian umum. Bahkan semua pun dah tak sabar nak lihat gambar penuh keluarga bahagia itu nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.