Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat Jo Han-chul bekerjasama dengan Song Joong-ki sekali lagi dalam sebuah naskhah.

Terbaru, agensi mengumumkan bahawa Jo Han-chul telah menerima tawaran untuk muncul dalam filem “Ro Giwan”. Kongsi agensi,
Jo Han-chul sedang secara positif mempertimbangkan untuk muncul dalam filem ‘Ro Giwan’.
Untuk pengetahuan, berdasarkan novel Cho Hae-jin “I Met Ro Giwan”, filem ini akan mengikuti seorang lelaki muda bernama Ro Gi-wan, yang menyeludup ke Belgium selepas melarikan diri dari Korea Utara, dan seorang penulis skrip yang mengikuti jejaknya.
Sebelum ini, Song Joong-ki turut ditawar membintangi filem yang sama, di mana pelakon itu dijangka akan memainkan watak sebagai pembelot Korea Utara.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem “Ro Giwan”!