Ikuti Kami:

“Sekali Ini Saja..” – Tayang Otot Belakang Badan, Jeon Doyeon Kongsi Aspek Romantik ‘Kill Boksoon’

“Sekali Ini Saja..” – Tayang Otot Belakang Badan, Jeon Doyeon Kongsi Aspek Romantik ‘Kill Boksoon’

Bukan mudah untuk seorang pelakon senior yang tidak pernah berlakon filem noir untuk mempraktikkan babak aksi yang tegang.

Tapi Jeon Do-yeon berjaya membuktikan persepsi semua orang salah apabila mampu melakonkan pelbagai babak pertempuran dalam filem terbaru Netflix “Kill Boksoon”.

Jelasnya mengenai diet untuk menjayakan babak berkenaan,

Saya tak minum alkohol. Saya belajar aksi dan bersenam lebih 4 bulan. Saya tak bina otot dengan mudah.

jeon doyeon

Ulasnya, pengarah sangat berpuas hati dengan badan saya kerana dia tidak menjangkakannya,

Tapi kini saya dah tak ada otot belakang.

Kongsinya mengenai babak romantik bersama Koo Kyo-hwan pula,

Saya tidak mempunyai komunikasi emosi yang banyak jadi saya tak terfikir untuk bintangi melodrama. Mungkin okay kalau berlakon genre komedi romantik. Best juga kalau dapat berlakon komedi lagi.

netflix kill boksoon

Dalam pada itu, Jeon Do-yeon memuji personaliti Koo Kyo-hwan yang kelakar dan unik kerana tidak menjangkakan karakter sebegitu apabila pertama kali berjumpa.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...