Ikuti Kami:

Sejurus Peningkatan Kes COVID, BRAVE GIRLS Tangguh Konsert Solo Pertama

Sejurus Peningkatan Kes COVID, BRAVE GIRLS Tangguh Konsert Solo Pertama

BRAVE GIRLS terpaksa menangguhkan konsert Januari mereka.

Pada 27 Disember, Brave Entertainment mengumumkan bahawa konsert solo pertama BRAVE GIRLS akan ditangguhkan, kerana kebimbangan kes COVID-19 yang makin meningkat.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:

Helo, ini adalah Brave Entertainment. Pertama sekali, terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyayangi dan menyokong BRAVE GIRLS.

Kami telah mencuba yang terbaik untuk menganjurkan konsert solo pertama BRAVE GIRLS dengan selamat, yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 15 Januari dan 16 Januari. Namun, memandangkan COVID-19 semakin meningkat baru-baru ini, kami telah memutuskan untuk menangguhkan konsert ini selepas memberi banyak pertimbangan. Kami tidak pasti sekiranya kami boleh menjalankan konsert dengan memastikan keselamatan penonton, artis dan kakitangan.

Kami memohon maaf kepada semua yang telah sabar menunggu konsert solo pertama BRAVE GIRLS. Kami akan bersedia untuk mengadakan konsert pertama apabila COVID-19 semakin pulih.

Kami berharap wabak ini dapat diselesaikan supaya kami dapat bertemu penonton dalam persekitaran yang selamat, dan kami berjanji untuk menyampaikan persembahan yang lebih baik. Sila patuhi garis panduan supaya kita semua dapat melihat satu sama lain dalam keadaan sihat.

Terima kasih.

brave girls postponed concert

Sabar ok peminat BRAVE GIRLS…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...