Ikuti Kami:

Sedutan Klip Pendek Lee Minho Untuk Drama Baru ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Teruja!

Sedutan Klip Pendek Lee Minho Untuk Drama Baru ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Teruja!

Setelah lama berehat daripada dunia lakonan kerana menjalani latihan khidmat ketenteraan, pelakon Lee Minho kini akan kembali menyinari kaca televisyen anda. Menerima reaksi positif menerusi drama terakhirnya iaitu “Legend Of The Blue Sea” yang ditayangkan pada tahun 2016, semua peminat melahirkan rasa teruja kerana bakal melihat kembali muka kacak lelaki itu sebagai teraju drama “The King: Eternal Monarch” pada April ini.

Sinopsis dan pengenalan watak “The King: Eternal Monarch”

Lee Minho akan memainkan dua watak di mana salah satunya ialah sebagai maharaja Korea yang berusaha untuk menutup satu gerbang dimensi bagi menyekat kemasukan kuasa jahat dengan niat untuk memporak-perandakan kerajaannya. Manakala dirinya dalam dunia lain ialah seseorang yang bertungkus lumus untuk melindungi orang yang disayanginya daripada watak antagonis.

Daripada garapan kasar drama ini, ia akan memaparkan dua kehidupan dalam dunia yang berbeza. Naskhah ini juga akan menekankan hubungan romantik di antara hero dan heroinnya.

the king: eternal monarch

Bukan sahaja Lee Minho tetapi heroinnya iaitu Kim Goeun juga akan mencabar dirinya untuk memainkan dua watak yang berlainan. Dalam dunia raja Korea, dia melakonkan watak Luna iaitu seorang penjenayah. Namun dalam dunia Korea Republik, wanita itu akan membawa watak Jung Taeul iaitu seorang detektif yang bergandingan dengan watak Lee Minho iaitu Lee Gon.

Sedutan pendek dah buat penonton ‘menggila’

Bagi meningkatkan lagi jangkaan penonton yang dah lama nantikan kemunculan Lee Minho, satu klip pendek yang menonjolkan karakter lelaki itu telah diriliskan kepada orang ramai.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...