Ikuti Kami:

“Sedang Fikir Nak Muncul Balik Ke Tak” – ‘Song Triplet’ Bakal Kembali Ke ‘Superman Returns’?

“Sedang Fikir Nak Muncul Balik Ke Tak” – ‘Song Triplet’ Bakal Kembali Ke ‘Superman Returns’?

Ramai pastinya rindu dengan ‘Song Triplet” yang berjaya mencuri hati ramai orang dalam “Superman Returns” suatu ketika dahulu kan?

Semua pasti terkejut apabila Dae-han, Min-guk dan Man-se membuat kemunculan istimewa dalam program itu baru-baru ini bagi mendedahkan perkembangan hidup mereka kini, selain mengucapkan selamat ulang tahun ke-8 buat “Superman Returns”,

Ucap Dae-han,

Saya sudah ke sekolah dan baik-baik sahaja.

song triplet superman returns

Kata Min-guk pula,

Disebabkan COVID-19, saya tidak dapat mengotakan janji untuk berjumpa rakan di taman permainan sebanyak dua kali. Saya berharap agar virus ini hilang.

Walaubagaimanapun, ucapan Man-se nyata menarik perhatian ramai,

Saya sedang berfikir sama ada mahu muncul semula dalam ‘Superman Returns’ ataupun tidak.

Pun begitu, staf di belakang kamera tertawa dan mengatakan bahawa mereka sudah terlalu besar kini untuk muncul di dalam program berkenaan.

song triplet superman returns

Untuk pengetahuan, anak kepada Song Il-kook ini muncul dalam “Superman Returns” dari 2016 hingga 2018 dan menjalani kesukaan ramai kerana kepetahan serta kecomelan ketiga-tiganya.

Tak sangka mereka dah cecah usia 10 tahun, kejap betul rasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...