Ikuti Kami:

Sedang Bintangi ‘The Veil’, Kim Jieun Sah Terajui ‘Again My Life’ Bersama Lee Junki

Sedang Bintangi ‘The Veil’, Kim Jieun Sah Terajui ‘Again My Life’ Bersama Lee Junki

Walaupun sedang sibuk dengan promosi drama ‘The Veil”, nampaknya rezeki Kim Ji-eun semakin luas apabial dia disahkan bakal bergandingan bersama Lee Jun-ki.

“Again My Life” diadaptasi daripada novel tulisan Lee Hae-nal selain turut menerima respon yang baik sebagai webtoon. Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang menjalani kehidupan keduanya.

Kim Ji-eun akan menghidupkan watak Kim Hee-ah, pewaris bongsu kepada CEO Kumpulan Cheonha yang merupakan seorang bijak pandai. Dia sangatlah sempurna serta, dan bakal menunjukkan minat buat watak lakonan Lee Jun-ki, Kim Hee-woo.

kim jieun

Seperti yang dilaporkan, Lee Jun-ki akan membawa watak Kim Hee-woo di mana dia memasuki fakulti undang-undang di Universiti Korea selepas meraih tempat ketiga di sekolah menengah. Meneruskan kehidupan sebagai atlet seni mempertahankan diri, lelaki itu kemudiannya lulus ujian undang-undang. Semasa sedang menyiasat kes rasuah melibatkan ahli politik Jo Tae-seop, dia dibunuh dan mendapat peluang untuk hidup semula bagi menegakkan keadilan.

Setuju tak gandingan ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...