Ikuti Kami:

‘Secret Royal Agent’ Dipuji Menghiburkan, Episod Awal Raih Rating Baik

‘Secret Royal Agent’ Dipuji Menghiburkan, Episod Awal Raih Rating Baik

Banyak betul drama bersejarah yang ditayangkan kini. Antaranya ialah “Mr. Queen” dan satu lagi drama baru yang sudah dua episod bersiaran di KBS iaitu “Secret Royal Agent”.

Sinopsis ringkas

Sung Yi-kyum (Kim Myung-soo) merupakan seseorang yang hidup untuk waktu ini sahaja dan tiada cita-cita untuk masa depannya. Dia yang mendapat tempat pertama ketika peperiksaan perkhidmatan awam telah ditangkap berjudi dan dihukum bertugas sebagai inspektor rahsia diraja. Drama ini mengikuti pengembaraannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berbangkit dalam masyarakat Joseon.

episod awal secret royal agent

Episod awal menghiburkan

Meskipun dikatakan sebagai drama genre melodrama namun “Secret Royal Agent” berjaya membuatkan penonton tak berhenti daripada ketawa kerana pelbagai babak kelakarnya. Bahkan keserasian di antara Kim Myung-soo dan Kwon Na-ra juga mendapat tepukan gemuruh walaupun hanya dua episod baru berlnagsung.

Kalau ada Lee Yi-kyung, sudah pasti anda boleh jangkakan sesuatu yang kelakar daripada drama tersebut. Lakonan lelaki ini langsung tak mengecewakan. Malah ramai yang dah tak sabar menantikan episod seterusnya dek plot yang menghiburkan.

episod awal secret royal agent

Rating awal baik

Nampaklah “Secret Royal Agent” mendapat perhatian ramai di awal tayangannya kerana rating baik yang dicatatkan. Pada episod pertama, rating yang diraih ialah 5.0% manakala episod kedua pula menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 5.5% dan 5.8%.

Rasanya anda perlu tambah “Secret Royal Agent” ke dalam senarai K-Drama yang sedang ditonton sekarang ini. Pastinya anda akan terhibur apabila menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...