Ikuti Kami:

Sebarkan Laporan Kematian Sulli Ke Media Sosial, Seorang Ahli Bomba Serah Diri

Sebarkan Laporan Kematian Sulli Ke Media Sosial, Seorang Ahli Bomba Serah Diri

Semasa pengurus Sulli melaporkan mengenai kematian gadis itu kepada talian kecemasan, rupanya kesemua informasi spesifik mengenai hal itu telah dibocorkan oleh seorang individu di laman media sosial.

Selepas melakukan siasatan dengan lebih lanjut, bukti menunjukkan bahawa salah seorang ahli bomba yang bertugas telah menghantar gambar laporan itu kepada seorang rakan sekerja yang lain. Rakan sekerjanya itu pula telah menyebarkan informasi tersebut kepada ahli bomba yang lain di dalam group chat mereka dan maklumat itu langsung tersebar sehingga ke laman media sosial.

ahli bomba serah diri kerana menyebarkan maklumat kematian sulli

Salah seorang sumber daripada Jabatan Bencana Dan Keselamatan Gyeonggi menjelaskan bahawa maklumat itu telah dibocorkan oleh seseorang daripada jabatan bomba. Lantas mereka telah menghebahkan satu mesej, “Jikalau anda menyerah diri sebelum tengah malam 17 Oktober, anda akan diberi layanan yang bertimbang rasa.”

Sejurus selepas itu, seorang individu telah menyerah diri dan dia merupakan sumber pertama yang membocorkan kandungan laporan itu. Dia kini sedang dalam siasatan dan akan dikenakan hukuman yang setimpal mengikut undang-undang.

ahli bomba serah diri kerana menyebarkan maklumat kematian sulli

Jabatan Bencana Dan Keselamatan Gyeonggi turut memohon maaf kepada ahli keluarga dan kenalan Sulli atas insiden ini. Mereka mendedahkan bahawa pihak mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menurunkan segala maklumat itu daripada media sosial tetapi ia telah tersebar secara meluas. Sehinggakan kata kunci “laporan kematian Sulli” telah menjadi carian utama di beberapa enjin pencarian di internet.

Sumber: Soompi, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...