Ikuti Kami:

“Sebagai Ibu, Saya Menangis Baca Skrip” – Kim Taehee Pilih ‘Hi Bye, Mama!’ Kerana Teringatkan Anaknya

“Sebagai Ibu, Saya Menangis Baca Skrip” – Kim Taehee Pilih ‘Hi Bye, Mama!’ Kerana Teringatkan Anaknya

Setelah 5 tahun menggantung tugas sebagai seorang pelakon, aktres popular Kim Taehee kini kembali beraksi dalam drama terbaru iaitu “Hi Bye, Mama!”. Kebanyakan peminat pun dah tak sabar nak melihat ibu kepada dua orang anak ini berlakon semula selepas drama terakhirnya iaitu “Yong Pal”.

Drama “Hi Bye, Mama!” mengisahkan tentang seorang isteri yang terpisah daripada keluarganya akibat satu kemalangan ngeri. Ia membawa penonton menelusuri penggembaraan si isteri muncul semula dalam kehidupan suami dan anaknya sebagai roh selain usahanya untuk menjelma kembali sebagai manusia dalam masa 49 hari.

hi bye! mama

Watak Kim Taehee digambarkan sebagai seorang roh yang gembira dan penyibuk. Secara lahiriahnya dia sememangnya merupakan seorang yang girang dan optimistik tetapi dia tidak mampu untuk ke dunia lain kerana sesal tidak dapat memegang anaknya buat kali terakhir. Untuk sebab yang tidak pasti, dia tidak dibawa ke pentas penghakiman di akhirat tetapi diberi peluang untuk kembali ke dunia sekiranya dia berjaya membuktikan kemampuannya dalam masa 49 hari.

Sebagai seorang ibu, Kim Taehee mengakui bahawa dia menangis apabila membaca skrip drama “Hi Bye, Mama!” ini.

Saya terjumpa drama ini sekitar musim sejuk lepas. Sebagai ibu kepada seorang anak perempuan, saya sangat terkesan dengan skrip tersebut sehingga menangis. Saya mahu menyertai drama yang mempunyai mesej yang hebat. Saya berlakon dalamnya untuk berkongsi kesedaran dan pengajaran yang terkandung dalam skrip watak Cha Yuri ini.

Saya rasa ini adalah drama ringan yang akan menghiburkan penonton dan anda semua akan terkesan dengannya selain berasa seperti dipujuk dan disembuhkan olehnya.

hi bye! mama kim taehee

Sebagai seorang ibu, Kim Taehee tak dapat nafikan bahawa watak Cha Yuri sangat dekat dengannya. Sepertinya watak itu menggambarkan dirinya sendiri dalam kehidupan sebenar.

Banyak perkara yang berkait dengan saya. Saya sangat terkesan bagaimana skrip ini menggambarkannya sebagai seorang ibu yang tak boleh pergi kerana dia mahu melihat anak perempuannya berjalan, berlari dan makan. Sebagai seorang ibu, saya tahu bagaimana sukarnya membesarkan anak. Saya tahu ia susah tetapi masa itu tidak akan kembali lagi.

Melakonkan watak sebagai hantu ibu membuatkan saya sedar yang saya beruntung kerana masih dapat memeluk anak saya, melihat ke dalam mata mereka dan memegang mereka. Saya berharap agar semua orang mempunyai rasa yang sama apabila menonton drama ini.

hi bye! mama kim taehee

Tak sabarnya nak lihat Kim Taehee kembali menghiasi industri drama Korea! Nampak macam best sahaja drama “Hi Bye, Mama!” ini. Jangan lupa menontonnya di saluran tvN bermula 22 Februari ini.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...