Ikuti Kami:

“Sebab Tu Minat Dia” – Layan Sebaik Mungkin, Fan Service Song Jihyo Buat Peminat Malaysia Dipuji

“Sebab Tu Minat Dia” – Layan Sebaik Mungkin, Fan Service Song Jihyo Buat Peminat Malaysia Dipuji

Mampir ke Malaysia sebagai tetamu istimewa acara K-Beauty Festa anjuran Watsons Malaysia, sesungguhnya kedatangan Song Ji-hyo menjadi momen bermakna buat peminat tempatan.

Dikenali sebagai seorang yang baik hati, kenyataan itu dibuktikan menerusi layanan mesra pelakon wanita itu buat peminatnya sepanjang dua hari di Sentul Depot.

Berbahasa isyarat bersama peminat

Momen seperti ini membuktikan bahawa Song Ji-hyo mempunyai hati baik dan positif. Gayanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat bersama peminat membuatkan hati yang lain tersentuh. Malah wanita itu dilihat mesra apabila mengangkat anak peminat berkenaan hingga ke kerusinya.

Memujuk peminat menangis

Siapa yang dapat menahan perasaan apabila dapat berjumpa dengan idola kesayangan kan? Sama seperti beberapa peminat yang tidak dapat menahan air mata apabila bertentang mata dengan ahli “Running Man” itu. Namun hati berbunga apabila Song Ji-hyo memeluk mereka satu persatu sambil mengelap air mata yang berlinangan.

Berkomunikasi dari jauh

Disebabkan ada sesetengah peminat yang tidak berpeluang untuk menaiki ke atas pentas, jadi mereka hanya dapat melihat Song Ji-hyo daripada tempat duduk sahaja. Walau bagaimanapun, wanita tersebut tidak terlepas melambai ke arah mereka pada setiap masa. Malah dia turut menjawab segala soalan yang ditujukan oleh peminat dari jauh.

Menyapa di jalanan

Bagi yang beruntung, pastinya ada yang bertemu Song Ji-hyo di sekitar Jalan Alor pada malam kedua dia di Malaysia. Bahkan dia tidak segan untuk mengambil gambar bersama peminat yang meminta.

Lambaian terakhir di lapangan terbang

Meskipun sudah bersiap untuk pulang ke Korea, namun Song Ji-hyo sempat melayan peminat di lapangan terbang.

Dipuji hos

Hos yang mengendalikan acara itu buat dua hari juga tidak terlepas daripada berkongsi kata-kata manis buat Song Ji-hyo. Katanya, ahli “Running Man” itu mempunyai hati sebesar taman buat para peminat di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NATALIE CHAI ◡̈︎ (@thenatstory)

Beruntungnya semua!

Kredit foto utama: AliahIzzah, _itsblackrose

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...