Ikuti Kami:

“Sebab Awak, Kami Tak Bosan” – Peminat Hiba Baca Surat Akhir Ahli ‘Running Man’ Buat Lee Kwangsoo

“Sebab Awak, Kami Tak Bosan” – Peminat Hiba Baca Surat Akhir Ahli ‘Running Man’ Buat Lee Kwangsoo

Walaupun dah jangka, tapi memang berjurai air mata apabila melihat episod akhir Lee Kwang-soo bersama “Running Man”.

Makin teresak-esak semua apabila melihat lelaki itu menahan sedu-sedan ketika membaca surat tulisan ahli yang lain.

Ji Suk-jin,

Sudah 11 tahu sejak kita pertama kali bertemu. Asalnya, saya hanya mengenali awak sebagai lelaki tinggi di dalam TV itu, tapi awak sekrang ialah adik yang sentiasa akan bersama saya. Walaupun nampak remeh semasa awalnya, namun ia menjadi momen indah buat saya. Saya berasa gembira setiap kali kita melakukan ‘Pil! Chok! Cross!’ bersama-sama. Marilah sentiasa bersama, walaupun bukan di ‘Running Man’.

ji sukjin running man

Yoo Jae-suk,

Sudah 11 tahun sejak kita mula bersama ‘Running Man’. Awak dah lalui pelbagai perkara dan berusaha keras sepanjang masa itu. Saya tak pasti siapa yang saya akan ganggu dan minta kendong selepas ini, tapi pastinya mereka ialah Yang Se-chan ataupun Ji Suk-jin. Pastinya akan terasa kosong tanpa awak, tapi awak patut lakukan semua yang awak mahu tanpa risaukan kami. Kita mesti selalu berjumpa dan hubungi saya bila perlu. Terima kasih Lee Kwang-soo. Terima kasih buat awak, kami tak pernah bosan.

yoo jaesuk running man

Kim Jong-kook,

Saya tak pasti apa yang kelakar sekarang, terfikirkan masa kita tergelak apabila memandang antara satu sama lain. Saya ingatkan kita akan terus selamanya seperti ini tanpa berubah. Semakin terasa sesalnya kerana ia melibatkan Lee Kwang-soo, seseorang yang saya ingat akan bersama sehingga penghujungnya. Walaupun kita tak akan bersama di ‘Running Man’ lagi, merilah bersama untuk sepanjang hidup kita bersama. Kekal sihat.

kim jongkook running man

Haha,

Sebabkan saya dah tengok awak setiap minggu selama 11 tahun, saya rasakan seperti akan terus melihat awak lagi di minggu hadapan. Saya rasa penonton berasa sedih kerana mereka nampak Lee Kwang-soo sentiasa melakukan yang terbaik dan menunjukkan semangatnya sehingga ke sudah. Kwang-soo, awak dah bekerja keras. Siapa yang akan saya usik sekarang? Siapa yang akan saya tipu nanti? Siapa yang akan sembang dengan saya sepanjang malam selepas ini? Saya akan doakan awak terus bersinar ke mana puna wak pergi dan mencapai kesemua impian yang diimpikan.

haha running man

Meskipun sedang bersedih, surat daripada Song Ji-hyo telah mencetuskan situasi kelakar di antara mereka dek Lee Kwang-soo yang memahami tulisan kakaknya itu,

Semasa saya geram, gembira, susah hati, terbeban, tersentuh, apabila saya berada di tempat yang pelik atau melihat sesuatu yang aneh. Terima kasih kerana bersama dengan saya sepanjang momen ini selama 11 tahun. Awak dah bekerja keras.

song jihyo running man

Tidak berpuas hati dengan kandungannya, Song Ji-hyo kemudiannya menulis surat yang baru selepas penggambaran tamat dan turut membacanya sendiri,

Saya sudah samapaikan tadi, tapi saya masih tidak percaya awak, yang sentiasa berada bersama, tak akan ada lagi selepas ini. Saya rasankan seperti ianya akan runtuh selepas saya menyedarinya. Tapi jangan lupa datang apabila awak sedih. Saya sayangkan awak.

Jun So-min,

Saya bersyukur kita mengenali satu sama lain dalam masa yang terasa seperti panjang dan pendek pada lain ketika. Terima kasih kerana menghadiahkan saya dengan memori yang tak aka dilupan. Saya akan doakan setiap langkah yang awak pilih pada masa hadapan. Kami akan terus lakukan semuanya dengan baik! Dan, jangan lupa datang. Kami pasti akan menunggu awak.

jun somin running man

Yang Se-chan,

Awak dah bekerja keras selama 11 tahun ini. Saya berasa sangat gembira menghabiskan masa dengan awak sepanjang 4 tahun ini. Kita selalu menghubungi satu sama lain selepas setiap penggambaran tamat dan bersembang mengenai banyak benda, tapi kita tak boleh lakukannya kini. Saya akan rindukan awak dan pastinya akan berasa kosong. Buat semua yang awak mahu di dalam dunia yang tiada hukuman.

yang sechan running man

Lee Kwang-soo juga tidak lupa untuk mengutuskan surat buat yang lain,

Setiap ahli membantu saya untuk berdiri seperti sekarang. Mereka terasa seperti satu keluarga yang lain dan saya sangat bersyukur terhadap mereka. Saya minta maaf, minta maaf sekali lagi. Saya tidaklah hebat sepanjang 11 tahun ini, tapi saya sentiasa lakukan yang terbaik. ‘Running Man’ merupakan program di mana semua melakukan terbaik dan melontarkan badan mereka ketika penggambaran. Saya harap agar semua terus menyokong dan memberikan perhatian terhadapnya selepas ini. Terima kasih.

lee kwangsoo running man

Episod itu berakhir duka dan menyentuh hati apabila Lee Kwang-soo rupanya menyediakan hadiah buat kesemua ahli lain dalam diam. Bahkan dia menghadiahkan barangan yang disukai oleh setiap daripada mereka.

Selamat tinggal Lee Kwang-soo, kami tak akan lupa anda!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...