Ikuti Kami:

Sebab Anda Wajib Tonton Drama Komedi & Kaunseling ‘Mystic Pop-Up Bar’ Bermula 20 Mei Ini!

Sebab Anda Wajib Tonton Drama Komedi & Kaunseling ‘Mystic Pop-Up Bar’ Bermula 20 Mei Ini!

Kehidupan sering mempersembahkan anda dengan pebagai masalah dan bukan mudah untuk berkongsi tentangnya dengan orang disekeliling malahan dengan teman dan keluarga rapat. Jangan risau! Anda boleh menghilangkan stres tersebut dengan menonton telatah karakter dalam drama terbaru Netflix iaitu “Mystic Pop-up Bar”. Bukan sahaja menyembuhkan bahkan anda pasti akan ketawa sepanjang tayangannya!

Sinopsis

Pemilik bar yang berusia 500 tahun iaitu Wol-ju (Hwang Jung-eum) perlu menyelesaikan masalah 10,000 orang sebelum berjaya melepaskan diri daripada diheret ke neraka. Bagi menjayakan misi tersebut, dia bekerjasama dengan Kang-bae (Yook Sung-jae) yang mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh membuatkan sesiapa sahaja berkongsi rahsia mereka apabila disentuh olehnya. Daripada situ, Wol-ju, Kang-bae dan Gui (Choi Won-young) telah menceroboh masuk dalam mimpi orang lain bagi menyelesaikan kerisauan mereka.

drama mystic pop-up bar

“Mystic Pop-up Bar” adalah sebuah drama fantasi dan juga kaunseling menyembuhkan di mana pasukan ideal ini memasuki mimpi pelanggan di bar tersebut bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang membelenggu mereka.

Diadaptasi daripada webtoon popular

Kalau anda nak tahu, webtoon asal kepada cerita ini adalah sangat popular di Korea tetapi pengarah Jeon Chang-geun menyatakan versi dramanya adalah lebih kelakar! Kalau webtoon “Mystic Pop-up Bar” banyak memberi fokus kepada masalah yang dihadapi oleh para pelanggan, versi drama pula menonjolkan usaha setiap karakter dalam membantu pelanggan yang menghadapi masalah.

drama mystic pop-up bar

Bahkan Hwang Jung-eum juga mengakui bahawa dia ketawa besar apabila membaca webtoon asal.

Saya banyak menangis semasa membaca webtoon asal. Terdapat banyak elemen komedi daripada apa yang saya jangka tetapi drama ini berjaya menyeimbangkan di antara komedi dan juga elemen serius.

Drama terakhir Yook Sung-jae sebelum memasuki latihan ketenteraan

Yook Sung-jae yang mula menceburi bidang seni sebagai idola dalam kumpulan BTOB kini telah duduk selesa sebagai seorang pelakon juga. Meskipun bermula sebagai penyanyi tetapi lelaki itu mendapat pujian ramai apabila berlakon dalam drama “School 2013”.

Tapi sayangnya Sung-jae tidak dapat bersama rakan pelakon “Mystic Pop-up Bar” yang lain untuk promosi dan juga tayangan pertama nanti kerana terpaksa mendaftar masuk ke latihan khidmat ketenteraan wajib bagi lelaki Korea yang layak.

drama mystic pop-up bar

Pun begitu, kesemua barisan pelakon utama iaitu Hwang Jung-eun, Choi Won-young dan Jung Da-eun telah memberikan kata-kata semangat kepada idola tersebut dan berharap agar dia menjalani latihan tersebut dengan selamat sehingga ke penghujungnya.

Membangkitkan isu yang membelenggu masyarakat

Menurut Choi Won-young, “Mystic Pop-up Bar” adalah sebuah drama yang boleh membantu penonton untuk melepaskan segala bebanan dan tekanan dihadapi dalam kehidupan seharian.

drama mystic pop-up bar

Hwang Jung-eum juga menjelaskan bahawa naskhah ini menyelitkan banyak masalah dalam masyarakat yang berkait dengan semua orang.

Banyak masalah masyarakat dimasukkan di dalamnya. Wol-ju menyatakan banyak perkara yang sangat menyegarkan. Kami berasa sangat seronok dan memberikan semuanya semasa menjalani penggambaran. Saya berharap agar semua penonton akan terhibur dan berasa sembuh selepas menonton drama ini.

Jangan lupa untuk tonton “Mystic Pop-up Bar” menerusi Netflix pada setiap Rabu dan Khamis, jam 10 malam (waktu Malaysia).

Kalau Hwang Jung-eum berlakon, confirm best ni!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...