Ikuti Kami:

Se7en Kongsi Hubungan Bersama Lee Dahae Terus Kuat Meski Pernah Hampir Putus

Se7en Kongsi Hubungan Bersama Lee Dahae Terus Kuat Meski Pernah Hampir Putus

Se7en dan Lee Da-hae ini sekarang sudah hampir mencecah 7 tahun tempoh percintaan mereka, namun Se7en berkongsi bahawa mereka pernah hampir putus. Eh? Serius lah?

Dalam rancangan hiburan JTBC, “Knowing Brothers” baru-baru ini, Se7en tampil sebagai tetamu dan sempat berkongsi mengenai kisah percintaannya bersama Lee Da-hae. Menerusi sesi bualan mereka, Lee Sang-min bertanya,

Saya pernah dengar Da-hae terputus hubungan dengan sahabat baiknya Hee-chul setelah bercinta dengan Se7en. Awak memutuskan hubungan sahabat mereka dengan sengaja ke?

se7enLalu Se7en menidakkan perkara tersebut. Malah topik itu disambung apabila dia ditanya jika dia okay sahaja apabila Lee Da-hae bertemu dengan Kim Hee-chul. Lalu dia menjawab,

Kalau Hee-chul, saya okay. Hee-chul dengan saya pernah pergi minum soju bersama. Tiada sebab untuk kami perlu berjumpa secara berasingan kan? Kalau ada tujuan untuk berjumpa pun, jumpa jelah kan? 

Melihatkan gandingan mereka yang pernah tampil bersama dalam satu rancangan hiburan sebelum ini, mereka tampak sangat selesa untuk mempamerkan kemesraan mereka. Mereka berdua juga pernah berkongsi bagaimana mereka bergaduh besar tahun lalu dan hampir putus cinta. Lee Da-hae berkata,

Setelah sekian lama, kawan-kawan dan kakak-kakak serta abang-abang saya sangat menyukai Se7en. Ramai yang menangis bila perkara itu berlaku. 

Hubungan antara mereka hampir putus cinta setelah lama menjalin hubungan.
Walau bagaimanapun, masalahnya dilihat berpunca Se7en disebabkan oleh insiden ‘Bilik Urut’ pada masa itu. Pendapat umum terhadap Se7en sangat negatif sehingga dia sukar untuk membuat kemunculan semula di Korea.se7enPun begitu, Se7en menyatakan permohonan maaf dan rasa terima kasihnya kepada Lee Da-hae, yang sentiasa di sisinya sewaktu saat sukar. Dia muncul dalam pelbagai siaran rancnagan hiburam dan memohon maaf atas kejadian itu, dan pada masa yang sama terus menunjukkan rasa sayangnya terhadap kekasihnya.

Ha baguslah macamtu kan? Sekurangnya dia sedar dan mula baiki kesilapan dia… Semoga terus bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...