Ikuti Kami:

“Saya Tidur Atas Tilam Terpakai” – Suga Kongsi Waktu Kesukaran BTS Ketika Awal Debut

“Saya Tidur Atas Tilam Terpakai” – Suga Kongsi Waktu Kesukaran BTS Ketika Awal Debut

Nampaknya episod baru “Suchwita” telah banyak memberi pengajaran.

Terbaru, Suga BTS telah menjemput pelakon Lee Sung-min sebagai tetamu dalam rancangan “Suchwita” di saluran YouTube BTS.

Walaupun mereka berdua baru sahaja berjumpa buat kali pertama, tetapi mereka kelihatan begitu akrab antara satu sama lain. Sepanjang temu bual tersebut, mereka mengimbas kembali masa lalu, impian, dan sejauh mana perjalanan mereka sebagai bintang terkenal.

Pada awalnya, Lee Sung-min berkongsi kisah tentang bagaimana kerjayanya bermula sebagai pelakon di teater,

Saya terpaksa memberikan risalah yang tidak terkira banyaknya untuk mengiklankan teater di Dongseungno, Daegu.

lee sungmin suchwita

Kemudian, Suga juga mula ceritakan tentang masa lalunya,

Saya mempunyai pengalaman yang sama. Saya mendapat pekerjaan pertama saya semasa saya pelajar sekolah menengah iaitu mengedarkan poster dan awak tahu apa? Saya pernah membuat persembahan di Dongseungno juga.

Selain itu, Suga juga ada berkongsi tentang kesukarannya ketika waktu awal debut BTS,

Kami ahli BTS semua pernah melalui detik kesukaran, jadi saya benar-benar dapat merasakan isi hati awak. Seperti yang awak tahu, ia adalah satu perjuangan untuk seseorang itu bertahan sebagai artis dalam industri. Bagi saya, ketidakpastian itu berjaya menakutkan saya. Jadi, saya melakukan kerja mengedarkan poster dan mengadakan beberapa persembahan, tetapi saya tidak dibayar.

lee sungmin

Malahan, ahli BTS itu juga menceritakan bahawa studionya yang berada di Namsan-dong dahulu pernah bocor ketika musim hujan.

Ketika kami berada di Namsan-dong, studio bawah tanah kami bocor dek kerana hujan. Ditambah pula kami tidak mempunyi duit poket jadi, kami semua keluar mencari perabot yang terpakai di sekitar kawasan perumahan dan kami terjumpa tilam dan mengambilnya untuk dijadikan pelapit untuk kami semua tidur. Dari situlah, kami memulakan kerjaya sebagai seorang pemuzik.

Selepas mendengar luahan masing-masing, mereka berdua bersetuju bahawa untuk berjaya dalam dunia industri hiburan ini bukanlah mudah.

Betul lah orang cakap usaha tangga kejayaan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...