Siapa yang sudah lama menonton K-Drama, pastinya kenal dengan pelakon popular Kim Yoo-jung. Aktif sedari kanak-kanak, dia tampil sebagai gadis yang rupawan dan memegang pelbagai watak utama kini.
Terbaru, pelakon itu telah menyertai program “Shall We Talk?” sebagai tetamu. Bersembang dengan hos Kim Ea-na, dia mendedahkan sesuatu yang pasti mengejutkan ramai.
Hos berkenaan pada awalnya memuji kecantikan Kim Yoo-jung dan mengatakan dia nampak lebih menawan apabila bersemuka. Kim Ea-na juga sempat membangkitkan kisah gambar bergerak (GIF) pelakon tersebut semasa kecil yang popular.Kim Yoo-jung bagaimanapun membuat pengakuan yang mengejutkan,
Saya tidak secantik semasa kecil. Mata saya semakin mengecil, ke muka saya yang membesar?
Namun keluhan itu terus dinafikan oleh Kim Ea-na dan berterusan memujinya.
Nak cantik macam mana lagi Kim Yoo-jung? Dah habis lawa dah tu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.