Utama Drama Korea “Saya Tiada Bakat Berlakon..” – Sebelum ‘The Glory’, Song Hyekyo Akui Ragui...

“Saya Tiada Bakat Berlakon..” – Sebelum ‘The Glory’, Song Hyekyo Akui Ragui Pada Diri Sendiri

song hyekyo

Nampaknya, Song Hye-kyo telah berjaya mengubah perspektif orang ramai terhadap lakonannya menerusi “The Glory”.

Baru-baru ini, Song Hye-kyo telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi mengenai tafsirannya tentang watak Moon Dong-eun. Dia menjelaskan,

Dong-eun adalah watak yang dipenuhi dengan parut dan kesakitan dari pembulinya. Jadi, dia berada di ambang pintu kematian. Tetapi dia fikir, ‘Kenapa hanya saya perlu mati? awak patut mati juga’ dan merancang untuk membalas dendam. Itulah sebabnya Dong-eun berkata ‘Awak akan dihukum kerana dosamu dan aku akan menerima hukumanku’. Dia percaya sesiapa yang melakukan kesalahan mesti membayarnya balik. Itulah yang saya fikirkan.

Kemudian, Song Hye-kyo juga mengaku bahawa dia dapat keluar dari tempoh merosot melalui drama itu. Kongsinya,

Ada masa saya meragui diri sendiri. Saya fikir ‘Adakah jalan ini betul?’ dan ‘Saya rasa saya tidak mempunyai bakat untuk berlakon’. Saya mula mencari keseronokan berlakon semula menerusi ‘The Glory’.

song hyekyo

Tambah pelakon berumur 41 tahun itu lagi,

Saya benar-benar gembira di atas katil selepas selesai penggambaran adegan yang sangat sukar. Saya mahu kembali ke penggambaran pada keesokan harinya dan saya tidak boleh menunggu sehingga saya menjadi Dong-eun semula. Jadi, saya ingin lakukan projek yang seterusnya secepat mungkin.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” akan menemui penonton pada 10 Mac ini di Netflix.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWiki Tree
Loading...