Baru-baru ini, pelakon Joo Hyun-young telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Cosmopolitan.

Bagi yang belum tahu, Joo Hyun-young mula debut sebagai pelakon pada 2018 menerusi drama “Govengers” sebagai watak sokongan dan semakin dikenali ramai selepas muncul dalam “Extraordinary Attorney Woo” dengan watak sebagai Dong Geu-rami.
Ketika sesi temu bual bersama majalah Cosmopolitan, pelakon itu berkongsi tentang watak yang dia ingin cuba lakonkan pada masa hadapan. Joo Hyun-young berkata,
Saya mahu memainkan watak penjahat.
Tambah pelakon wanita itu lagi,
Saya teruja semasa menonton Lim Ji-yeon melakonkan watak Park Yeon-jin dalam ‘The Glory’ baru-baru ini. Saya mahu memainkan watak psikopat yang melakukan perbuatan jahat tetapi tidak rasa bersalah langsung.
Semoga ada peluang buat Joo Hyun-young untuk berlakon watak jahat!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉