Ikuti Kami:

“Saya Teruja”- Tandatangani Kontrak Eksklusif, Ok Taecyeon Bakal Masuki Pasaran Hollywood

“Saya Teruja”- Tandatangani Kontrak Eksklusif, Ok Taecyeon Bakal Masuki Pasaran Hollywood

Nampaknya, karier Ok Taec-yeon akan berkembang ke dunia Hollywood!

Baru-baru ini, agensi 51K mengumumkan bahawa pelakon dan idola Ok Taec-yeon telah menandatangani kontrak dengan agensi Amerika iaitu WME.

Untuk maklumat, agensi WME yang dikenali sebagai William Morris Endeavor merupakan ejen yang menguruskan hal-hal artis, pengarah, pemuzik dan banyak lagi. Antara yang bernaung dibawahnya ialah adalah Michael B. Jordan, Tom Holland, Pengarah Bong Joon-ho dan lain-lain lagi.

Menurut agensi 51K,

Kami gembira kerana pelakon Ok Taec-yeon, yang telah meluaskan kejayaan sebagai pelakon melalui pelbagai karya hebat seperti ‘Vincenzo’, ‘Hansan: Rising Dragon’ dan ‘Blind’ telah menandatangi kontraknya secara rasmi bersama ejen WME. Jadi, kami meminta sokongan untuk Ok Taec-yeon terus melangkah di masa hadapan.

ok taecyeon

Respon pelakon itu pula,

Saya berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menyahut cabaran baharu. Saya telah berbincang dengan agensi 51K dengan lebih mendalam. Bukan mudah untuk menyahut cabaran baharu dalam persekitaran yang tidak dikenali, tetapi saya fikir ia adalah peluang yang baik untuk belajar banyak. Jadi, saya akan bekerja keras untuk menunjukkan sisi lain saya kepada peminat semua, pesona baru Taec-yeon.

Sementara itu, Ok Taec-yeon bakal kembali ke dunia lakonan menerusi drama KBS iaitu “My Heart Beats”, yang dijadualkan pada separuh pertama tahun ini.

Tahniah Ok Taec-yeon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...