Sedar tak sedar, pembabitan Hyun-a dalam industri Korea sudah mencapai 16 tahun kini.
Baru-baru ini, Hyun-a telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual untuk majalah Cosmopolitan Korea.
Meraikan ulang tahun debutnya yang ke-16 dalam industri Korea, penyanyi itu berkata,
Hari ini adalah ulang tahun saya yang ke-16. Saya rasa saya tidak bersendirian, dan saya belajar bagaimana untuk mengatasi perkara sebegitu dengan peminat saya sepanjang 16 tahun yang lalu.
Hyun-a turut akui bahawa,
Ada beberapa perkara yang saya suka dan benci, kenangan yang gembira dan sedih tetapi bila diingatkan balik saya adalah orang yang mencipta memori tersebut. Kita harus menerima bahawa ada perkara baik dan buruk dalam kehidupan kita. Jika ianya berlaku, ia tidak akan berlaku dalam sekali, dan jika ianya tidak berjalan lancar sekali, anda perlu berfikir bahawa ia akan berjaya semula.
Selain itu, bekas ahli 4Minute tersebut mendedahkan bahawa dia mula meminati kumpulan NewJeans dan turut meyatakan bahawa dia sedikit risau terhadap aktiviti kumpulan mereka pada masa kini. Jelasnya,
Baru- baru ini, saya banyak mendengar lagu dari kumpulan NewJeans. Apabila melihat diri mereka, saya tertanya-tanya sama ada mereka dalam keadaan yang baik. Saya sedikit bimbang dengan keadaan mereka kerana takut jika mereka tidak dapat makan dengan cukup kerana perlu memakai pakaian ‘crop top’.
Tambahnya lagi,
Saya risau jika mereka tidak dapat tidur yang cukup sekarang ini. Situasi mereka membuatkan saya teringat akan diri sendiri ketika berada di usia muda. Kepada kumpulan NewJeans, saya harap awak semua dapat makan makanan secukupnya dan jangan lupa ambil vitamin.
Aww..sweetnya Hyun-a bagi nasihat dekat NewJeans.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉