Ikuti Kami:

“Saya Terkejut..” – Tarian Provokatif Jennie BLACKPINK Dalam ‘The Idol’ Raih Pelbagai Reaksi

“Saya Terkejut..” – Tarian Provokatif Jennie BLACKPINK Dalam ‘The Idol’ Raih Pelbagai Reaksi

Setelah lama menanti, Jennie BLACKPINK akhirnya secara rasmi telah membuat debutnya sebagai seorang pelakon menerusi siri HBO “The Idol”.

Terbaru pada 5 Jun, episod pertama “The Idol” telah mula disiarkan dan Jennie muncul selama kira-kira 10 minit dalam tayangan perdana drama itu.

Untuk pengetahuan, “The Idol” menceritakan tentang dunia industri bintang idola pop popular, diterbitkan bersama The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, yang pernah mengarah siri HBO popular “Euphoria”.

Dalam drama ini, Jennie memainkan watak sebagai Dyanne, salah seorang kawan rapat dan penari kepada Jocelyn (Lily Rose-Depp).

Khususnya menerusi episod pertama, ahli BLACKPINK itu dilihat mempamerkan tarian seksi dan provokatif, menarik perhatian orang ramai.

Selepas video Jennie menari itu tersebar, netizen telah memberikan pelbagai reaksi dan meninggalkan komen seperti,

Saya terkejut dengan tarian Jennie selepas mendengar bahawa dia mempunyai masa skrin yang sangat sedikit.

 

Saya tak boleh melihat keseluruhan tarian itu..

 

Koreografinya terlalu seksi.

 

Wah..

Omo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...