Ikuti Kami:

“Ada Plot Twist Hebat Nanti” – Kim Soyeon & Eugene Beri Hint Musim Ke-2 ‘The Penthouse’

“Ada Plot Twist Hebat Nanti” – Kim Soyeon & Eugene Beri Hint Musim Ke-2 ‘The Penthouse’

Bakal memasuki musim kedua tak lama lagi, pelakon utama “The Penthouse” iaitu Kim So-yeon meminta penonton menantikannya.

Kim So-yeon telah menceritakan serba sedikit mengenai wataknya dalam “The Penthouse”,

Cheon Seo-jin melakukan pelbagai perkara jahat tetapi sebagai seorang pelakon, saya seronok kerana dapat menunjukkan banyak sisi lain karakter tersebut. Saya sentiasa melakukan yang terbaik tapi saya ada berasa kesal melihat sesetengah babak apabila menonton drama ini.

kim soyeon the penthouse

Mengenai musim kedua, kata Kim So-yeon,

Kami kini sedang menjalani penggambaran musim kedua dan terdapat musim ketiga selepasnya. Jadi saya mahu memperbaiki bahagian yang kurang dan versi saya yang lebih baik buat penonton.

Tambahnya lagi,

Saya sangat terkejut apabila membaca skrip. Tolong jangkakannya.

Eugene yang membawa watak Oh Yoon-hee turut membuatkan penonton tak senang apabila tidak tahu mengenai nasibnya apabila melihat babak terakhir musim pertama “The Penthouse”.

eugene the penthouse

Menerusi agensinya, Eugene telah menitipkan kata buat semua yang menantikan musim kedua drama itu,

Saya juga tisak sabar menantikan musim kedua ‘The Penthouse’. Akan ada plot twist yang hebat dalam musim akan datang. Oh Yoon-hee akan kembali dengan personaliti yang berlainan. Tolong jangkakannya.

Serius dah teruja nak tonton musim kedua nanti. Korang pun mesti ada banyak persoalan yang tak terjawab kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...