Ikuti Kami:

“Saya Terdesak..” – Kang Sora Kongsi Rahsia Hilang 20kg Selepas Lahir Anak Pertama

“Saya Terdesak..” – Kang Sora Kongsi Rahsia Hilang 20kg Selepas Lahir Anak Pertama

Sudah mengikuti kerjayanya sejak awal lagi, siapa sangka Kang So-ra kini sudah pun bergelar ibu kepada seorang anak.

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, pelakon berkenaan berkongsi lebih mengenai kehidupan berkeluarga.

Jelasnya mengenai kejayaan mengurangkan berat sebanyak 20kg selepas bersalin,

Sebenarnya saya sudah beberapa kali beritahu yang lain tapi tiada apa yang baru. Semua mengetahuinya, saya bekerja keras bersenam dan menguruskan diet.

kang sora

Tambahnya,

Semua orang bertanya soalan berkaitan diet namun tiada yang istimewa. Perbezaannya ialah saya terdesak.

Dalam pada itu, dia mengakui kerap mengambil kelas pilates dan ke gim bagi membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Apabila ditanya mengenai perubahan drastik itu,

Saya merasakan bahawa ia perubahan yang diperlukan, dan saya cepat menyesuaikan diri.

Berdedikasi kan Kang So-ra?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...