Siapa yang dah habis menonton bahagian 2 “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” yang diriliskan pada minggu lalu?
Dalam sambungan ini, penonton disajikan dengan lebih banyak pendedahan lain seperti kisah silam profesor dan Berlin (Park Hae-soo) selain pengenalan mengenai watak Seoul (Im Ji-yeon).
Meskipun menyajikan plot berlainan daripada bahagian pertama, namun hubungan antara Mi-seon dan Denver masih lagi menjadi antara jalan cerita sampingan bagi menambah rencah dalam cerita.
View this post on Instagram
Bahkan kedua mereka turut memaparkan adegan intim namun lebih konservatif berbanding dengan bahagian pertama. Walau bagaimanapun babak berkenaan tetap menjadi sebutan penonton yang menyaksikan sambungan cerita ini.
Menjengah temubual yang dilakukan oleh Kim Ji-hoon dan Lee Joo-bin mengenai babak berkenaan dahulu, kedua mereka nyata bekerja keras bagi menjayakan adegan intim itu,
Saya tiada pengalaman dengan babak di ranjang. Jadi, saya mencari pelbagai filem dan drama bagi menghidupkan babak itu.
Dalam pada itu, bahagian 2 “Money Heist: Korea – Joint Economic Area” berada di tangga ke-7 kini dalam ranking populariti Netflix Global.
Mereka serasi kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.