Ikuti Kami:

“Saya Tegur Bukan Untuk Gaduh..” – Instagram Nana Dibanjiri Komen Kecaman, Ini Rupanya Sebabnya

“Saya Tegur Bukan Untuk Gaduh..” – Instagram Nana Dibanjiri Komen Kecaman, Ini Rupanya Sebabnya

Baru-baru ini, video membabitkan Sun-woo THE BOYZ telah mendapat perhatian ramai, di mana idola itu dilihat meminta pengawal keselamatan untuk mengambil ‘AirPod’nya yang terjatuh, tanpa menunduk atau berterima kasih kepadanya.

Klip pendek itu lantas meraih perhatian ramai termasuklah Nana AFTER SCHOOL, yang mendakwa tindakannya itu adalah biadap. Komen Nana di hantaran tersebut,

Dia patut dimarahi.

Menerusi media sosial, Sun-woo menjelaskan bahawa dia telah mengucapkan terima kasih kepada pengawal itu namun dia terlupa untuk tunduk sebagai tanda hormat kerana terkejut pada masa itu.

Susulan itu, ada peminat yang menganggap bahawa Nana ‘menyibuk’ dengan isu selebriti lain tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Akibatnya, Instagram wanita itu dibanjiri dengan komen kecaman yang menuduhnya sengaja ingin mendapatkan perhatian dan menuntutnya untuk meminta maaf kepada Sun-woo.

nana after school

Sebagai respon, Nana tampil memberikan penjelasan menerusi laman Bubble,

Saya menulis komen itu bukan untuk menjadikannya masalah besar tetapi ia terus menjadi lebih besar dan ia mengganggu saya.

Tindakan orang itu sangat tidak sopan bagi saya dan merupakan pengalaman yang agak mengejutkan bagi saya. Saya hanya fikir perangai seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Itu yang saya maksudkan.

Semasa melihat AirPodnya terjatuh, dia berkata kepada semua orang dengan kuat ‘Itu AirPod saya’ tetapi dia tak bergerak walau seinci pun. Dia suruh siapa ambil? Dia tak boleh bergerak ke? Atau adakah seseorang yang muda kena sentiasa dilayan?

Namun, saya menegur bukan untuk bergaduh. Tetapi sesiapa yang berada dalam situasi itu mungkin boleh salah faham. Jika saya membiarkannya seperti tiada apa-apa yang berlaku, bukankah itu dilihat sebagai membiarkan sahaja tingkah laku seperti itu? Itu yang saya maksudkan ^^

Setakat ini, pihak Sun-woo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu melibatkan Nana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...