Ikuti Kami:

“Saya Tampar Kim Taehee”- Shin Hyunjoon Ulas Babak Paling Diingati Dalam ‘Stairway to Heaven”

“Saya Tampar Kim Taehee”- Shin Hyunjoon Ulas Babak Paling Diingati Dalam ‘Stairway to Heaven”

Korang ingat tak babak-babak dalam drama “Stairway to Heaven”?

Terbaru, pelakon Shin Hyun-joon telah di temu bual semasa sidang media filem “The Assassin” di Samcheong-dong, Seoul.

Dalam sidang media tersebut, pelakon itu menyebut kembali tentang dramanya yang ditayangkan pada 2003 iaitu “Stairway to Heaven”. Drama ini masih lagi menjadi topik hangat hingga ke hari ini kerana kemahiran lakonan dari semua pelakon dan beberapa adegan yang popular.

Khususnya, Shin Hyun-joon berkongsi babak yang paling diingatinya ketika penggambaran drama berkenaan,

Adegan yang paling diingati dalam ‘Stairway to Heaven’ bagi saya ialah adegan di mana saya menampar muka Kim Tae-hee. Ketika itu, Kim Tae-hee adalah pelakon baru. Saya masih rasa menyesal kerana terdapat banyak adegan di mana saya terpaksa memukulnya.

shin hyunjoon tampar kim taehee

Dia menyambung lagi,

Pengarah pernah berkata  adegan ini akan menjadi realistik jika saya menamparnya dengan kuat. Jadi, saya perlu menamparnya dengan kuat. Ianya pasti sukar untuk seorang rookie yang baru debut seperti Kim Tae-hee, tetapi dia berjaya melakukannya dengan baik.

Wow, kental betul Kim Tae-hee kena tampar dengan Shin Hyun-joon.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...