Utama Rancangan Hiburan “Saya Takut Kalau..” – Meski ‘Goblin’ Berjaya, Gong Yoo Dedah Tak Rasa...

“Saya Takut Kalau..” – Meski ‘Goblin’ Berjaya, Gong Yoo Dedah Tak Rasa Gembira

gong yoo goblin

Memang tidak dinafikan bahawa “Goblin” adalah antara drama Gong Yoo yang paling berjaya.

Terbaru pada 29 September, Gong Yoo telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk “Pinggeyo”.

Dalam episod itu, Gong Yoo berkongsi bahawa dia pernah mengalami situasi di mana dia mempunyai penyakit anxiety. Pada awalnya, dia berkata,

Saya tidak tahu bagaimana untuk menanganinya. Ia berlaku sekali ketika umur saya 20-an dan sekali dalam 30-an.

Sambung Gong Yoo,

Kebimbangan yang saya lalui tidak dapat dikatakan dengan jelas seperti ‘Inilah yang membuatkan saya bimbang’. Contohnya, kejayaan besar ‘Goblin’. Walaupun drama itu berjaya, saya tak rasa gembira. Ia satu perkara yang baik bahawa drama itu mencapai keputusan yang bagus tapi selain itu, ada masanya saya hilang akal dan asyik rasa kosong.

gong yoo

Jelas pelakon lelaki itu lagi,

Bukannya saya rasa letih bila sesuatu berjalan lancar tapi saya tidak nikmati sorotan atau kegembiraan hasil kerja saya yang berjaya pada masa ia popular. Sukar untuk menceritakan kisah ini secara terbuka. Ia adalah masa apabila semua orang merasa bahagia jadi saya takut ia akan kedengaran tidak munasabah jika saya berkata saya berasa pelik.

Semoga Gong Yoo baik-baik je sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald POP
Loading...