Ikuti Kami:

“Saya Takut..” – Awalnya Nafi, Pengarah ‘The Glory’ Akui Pernah Membuli Di Sekolah 27 Tahun Lalu

“Saya Takut..” – Awalnya Nafi, Pengarah ‘The Glory’ Akui Pernah Membuli Di Sekolah 27 Tahun Lalu

Baru sahaja bahagian kedua “The Glory” disiarkan, sudah timbul berita kurang enak berkaitan pengarah siri itu.

Sebelum ini, satu tuduhan berkaitan Ahn Gil-ho membuli telah tersebar di serata laman komuniti. Individu tidak dikenali yang digelar sebagai ‘A’ itu mengatakan bahawa pengarah tersebut belajar di Filipina dahulu dan pernah mengugut dan memukul dia dan rakan sekelas lain selepas mendapat tahu bahawa teman wanitanya diusik.

Pada ketika laporan itu dikeluarkan, pengarah tersebut menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai ingatan pernah memukul sesiapa.

ahn gilho

Kini, wakil peguam Ahn Gil-ho dari firma guaman JIPYONG telah mendedahkan kenyataan rasmi mengenai hal berkenaan,

Saya peguam Kim Mun-hui dari firma guaman JIPYONG yang mewakili Ahn Gil-ho. Kami meminta anda memahami dek kelewatan untuk mengumumkan posisi kami dari ketika laporan asal dikeluarkan.

Pengarah Ahn Gil-ho mempunyai teman wanita yang mula ditemuinya pada ketika sedang belajar di luar negara di Filipina pada 1996 dan apabila terdengar kekasihnya itu menjadi bahan usikan di sekolah kerananya, dia beremosi dan memberikan kesakitan yang tidak boleh dilupakan pada individu lain.

Dia meminta maaf dari lubuk hati dan sesiapa yang disakiti dek insiden ini. Jika diberi peluang, dia mahu berjumpa individu berkenaan tak pun menghubungi menerusi telefon bagi menyampikan permohonan maaf ini.

Pengarah Ahn Gil-ho memohon maaf kerana menyebabkan kontroversi atas insiden yang tidak dijangka ini.

ahn gilho the glory

Selain itu, pengarah popular itu turut menyampaikan menerusi wakil guaman rasmi itu bahawa dia mengambil masa untuk mengemaskini fakta yang berlaku 27 tahun lalu dan setiap daripada mereka yang menceritakan hal berkenaan memberikan maklumat berlainan. Disebabkan memorinya berkaitan hal itu juga samar-samar, pengarah berkenaan memberitahu kepada wakil guaman bahawa dia takut untuk memberikan fakta salah.

Dalam pada itu, bahagian kedua “The Glory” sudah pun disiarkan pada 10 Mac lalu dan tersenarai di tingkat ke-3 dalam ranking Netflix Global.

Hmmm… mangsa tak pernah lupa..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...