Peminat K-Drama pasti tahu kan bahawa Wi Ha-joon memang jarang ada adegan romantik dalam projek lakonanannya.
Berbeza pula dengan drama barunya kali ini “The Midnight Romance in Hagwon”, di mana Wi Ha-joon memainkan watak sebagai Lee Jun-ho iaitu bekas pelajar yang jatuh cinta dengan cikgunya Seo Hye-jin (Jung Ryeo-won) dan akhirnya bekerja sebagai pengajar di tempat yang sama.
Terbaru, tvN telah melancarkan video di sebalik tabir penggambaran untuk episod 9 dan 10 drama itu, memaparkan keserasian mantap antara dua pelakon tersebut.
Dalam video yang dikongsi, Wi Ha-joon dan Jung Ryeo-won dilihat sedang merakam pelbagai adegan mesra bersama termasuklak babak ranjang dan ciuman.
Meninjau di ruangan komen, penonton menulis,
- Ini gila..saya memang takkan boleh jadi pelakon.
- ‘Chemistry’ mereka memang nampak sangat natural!
- Macam mana mereka boleh tak jatuh cinta?
- Video di sebalik tabirnya lagi ‘panas’..
Sementara itu, “The Midnight Romance in Hagwon” ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Viu.
Haa syok tak korang drama ni?