Ikuti Kami:

“Saya Tak Tamak..” – Yoo Jaesuk Akui Tak Gemar Barangan Mewah Atas Sebab Ini

“Saya Tak Tamak..” – Yoo Jaesuk Akui Tak Gemar Barangan Mewah Atas Sebab Ini

Telah terlibat dengan pelbagai projek, Yoo Jae-suk memang tidak dinafikan adalah salah seorang selebriti yang kaya di Korea Selatan.

Terbaru pada 21 Januari, Yoo Jae-suk, Jo Se-ho, Nam Chang-hee dan Lee Dong-wook telah muncul dalam video baru di saluran YouTube “DdeunDdeun”.

Khususnya dalam siaran tersebut, Lee Dong-wook bertanya kepada Yoo Jae-suk,

Saya ada soalan peribadi untuk Jae-suk. Adakah awak berminat dengan jam tangan mewah atau tamak dengan barangan seperti itu?

Jawab Yoo Jae-suk,

Sejujurnya, saya tidak. Saya mempunyai beberapa jam tangan mewah di rumah dan menerima beberapa jam tangan apabila saya berkahwin.

yoo jaesuk

Kemudian, pengacara dan penghibur itu menjelaskan sebabnya,

Memandangkan saya melakukan pelbagai program dan perlu banyak bergerak, saya tidak boleh memakainya. Mereka berat dan mudah bercalar. Pada asasnya, saya tidak tamak untuk jam tangan atau barangan mewah.

Selain itu, Nam Chang-hee dan Jo Se-ho turut mendedahkan bahawa Yoo Jae-suk seorang yang tidak mencarut dalam kehidupan seharian. Respon Yoo Jae-suk mengenai perkara ini,

Pada satu ketika, saya sangat membenci makian. Saya tak suka mencarut dan dicarutkan. Itulah sebabnya saya tidak berbuat demikian.

Tonton video penuh di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...