Ikuti Kami:

“Saya Tak Sukakannya” – Kang Haneul Jelas Sebab Padam Semua Akaun Media Sosial

“Saya Tak Sukakannya” – Kang Haneul Jelas Sebab Padam Semua Akaun Media Sosial

Laman media sosial ini sebenarnya adalah ‘senjata’ yang baik buat para selebriti dalam melayan peminat selain menarik minat orang lain untuk mengenali mereka. Bukan setakat gambar swafoto malahan gambar ringkas seperti makanan, aktiviti seharian dan lain-lain juga akan menampakkan bahawa mereka sebenarnya adalah orang biasa sahaja.

Pun begitu, pelakon popular Kang Ha-neul yang tidak padam api kepopularitiannya malah semakin marak selepas membintangi drama ‘When The Camellia Blooms’ walaupun baru sahaja keluar daripada latihan khidmat ketenteraan. Rezeki betul!

Meskipun sudah mencuba bermain dengan media sosial yang menjadi ikutan ramai di luar sana, namun lelaki itu membuat keputusan untuk memadamnya. Bahkan tindakannya ini nyata membuatkan peminat terasa kehilangan.

kang haneul padam media sosial

Tiada sebab yang istimewa sebenarnya, tetapi Kang Ha-neul berkongsi alasan kepada tindakan drastiknya itu.

Tiada sebab kenapa. Saya cuma tak pandai memuat naik gambar dan menguruskan akaun. Dan disebabkan saya mempunyai akaun media sosial, saya diminta untuk memuat naik gambar mengenai pelbagai tempat dan situasi dan saya tak sukakan perkara tersebut. Saya tak suka gunakannya sebagai alatan untuk perkara lain. Satu hari, saya dapati diri saya dalam keadaan mamai telah menulis perkara yang sangat rawak di Facebook. Ia menjadi tabiat jadi, saya membuangnya secara terus. Selepas membuat Instagram pula, saya berterusan merasai bahawa ia bukanlah untuk saya, jadi saya padam akaun saya.

Laman media sosial memang baik untuk mempromosikan diri selain kekal berhubung dengan peminat. Namun kadang-kadang selebriti mungkin akan melakukan kesilapan yang boleh menimbulkan kontroversi sekiranya tidak pandai mengawal diri ketika menggunakan aplikasi berkenaan.

Daripada menyesal kemudian, baik mencegah daripada sekarang, betul tak Kang Ha-neul?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...