Ikuti Kami:

“Saya Tak Patut Hidupkan Mereka Semula..” – Penulis Akui ‘The Penthouse’ Tidak Realistik

“Saya Tak Patut Hidupkan Mereka Semula..” – Penulis Akui ‘The Penthouse’ Tidak Realistik

Tidak dapat dinafikan bahawa plot “The Penthouse” agak memeningkan dan sukar diterangkan secara logik.

Disebabkan oleh itu, penulisnya iaitu Kim Sun-ok menerima gelaran seperti ‘apa pun boleh dengan Sun-ok’ dan ‘mitologi Kim Sun-ok’.

Dalam satu temubual baru-baru ini, penulis itu telah menjelaskan sebab gelaran sedemikian diberikan kepadanya,

Saya rasa gelaran ‘apa pun boleh dengan Sun-ok’ dicipta disebabkan kekurangan rasa realitinya. Saya mengakuinya.

sbs the penthouse

Tambahnya lagi,

Terdapat banyak insiden yang berlaku satu demi satu di dalam drama berkenaan jadi emosi setiap watak tidak dapat disampaikan dengan lebih jelas. Malah satu lepas satu watak kembali hidup, jadi penonton pastinya berasa keliru.

Kim Sun-ok juga tidak menafikan bahawa ramai yang mengkritiknya disebabkan terdapat banyak watak yang dihidupkan semula di dalam “The Penthouse”,

Saya banyak bermuhasabah diri semasa menonton drama ini. Saya sering terfikir, ‘Saya patut betulkan itu’ dan ‘Saya tak patut hidupkan mereka semula’ tapi kemudiannya saya sedar yang sudah menulis insiden baru dan menyediakan peluang untuk watak lain kembali hidup.

kim sunok the penthouse

Akhir kata,

Saya berterima kasih dan berasa bersalah kerana sedar bahawa kesemua gelaran ini dicipta oleh peminat yang menyokong drama ini meskipun kekurangannya.

Kim Sun-ok kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada para pelakon yang menghidupkan watak di dalam drama berkenaan sekaligus membuatkan ia lebih menarik dan diikuti ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...