Ikuti Kami:

“Saya Tak Kaya” – Meski Jadi Siri Terbaik Netflix, Pengarah ‘Squid Game’ Tidak Dapat Sebarang Bonus

“Saya Tak Kaya” – Meski Jadi Siri Terbaik Netflix, Pengarah ‘Squid Game’ Tidak Dapat Sebarang Bonus

Mesti ramai yang jangkakan kelebihan yang banyak buat produksi “Squid Game” selepas mencipta nama di seluruh dunia kan?

Walaupun menjadi siri terbesar Netflix setakat ini, namun pengarah Hwang Dong-hyuk mengakui bahawa dia tidak mendapat sebarang keuntungan lebih daripadanya.

Saya tak adalah kaya sangat. Bukannya Netflix ada bagi bonus pun. Mereka hanya membayar seperti apa yang ditandangani dalam kontrak.

Kalau anda nak tahu, menurut artikel yang ditulis Bloomberg News sebelum ini, “Squid Game” berjaya membawa pulang sebagai 900 milion dollar meskipun laman penstriman berkenaan hanya melabur sebanyak 21.4 milion dollar sahaja pada asalnya.

kcc squid game

Bukan itu sahaja, ianya ditonton oleh 111 juta penonton dalam masa 17 hari tayangannya dan memecahkan rekod yang dipegang “Bridgerton” sekalgus dinobatkan sebagai siri Netflix yang paling popular dalam sejarah.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...