Ikuti Kami:

“Saya Tak Kan Bagi Harta Langsung..” – Haha Kongsi Didikan ‘Tough’ Buat Anak-Anak

“Saya Tak Kan Bagi Harta Langsung..” – Haha Kongsi Didikan ‘Tough’ Buat Anak-Anak

Sepertinya Haha mengajar anak-anaknya supaya hidup berdikari sedari kecil lagi.

Menerusi video terbaru yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Haha PD’, lelaki itu telah bercerita lanjut mengenai cara didikan buat Dream, Soul dan Song. Katanya,

Saya pernah berkata pada Dream, ‘Awak hanya terfikir mengenai Hari Kanak-Kanak? Hari Ibu Bapa lagi tiga hari, apa yang awak lakukan buat saya?

Kongsinya mengenai episod kelakar tentang insiden berkaitan hari istimewa itu,

Dream membawa pulang bunga teluki yang kononnya dibuat di sekolah tapi saya nampak bunga yang sama dijual di kedai alat tulis. Dia ada menulis ucapan tapi ayat ‘Saya sayang ibu’ lagi besar tulisannya, dia terlupa mengenai saya. Sebab itu, dia terpaksa tulis ‘Saya sayang ayah’ di ruangan yang berlebihan.

haha

Ahli “Running Man” itu juga tidak teragak-agak untuk memilih ‘dapat 1 juta won’ berbanding ‘memberikan anak 1 juta won’ apabila diminta membuat pilihan. Jawab Haha,

Saya memang tak akan beri sebarang harta pun dan saya sentiasa memberitahu mereka. Mereka perlu duduk berasingan bermula 20-an. Malah Dream juga tahu mengenai hal ini, sebab itu dia pun tak harapkan apa-apa. Awak awak, saya saya. Awak lalui kehidupan sendiri, saya akan hidup sendiri.

‘Tough’ juga cara didikan Haha ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...