Utama K-Pop “Saya Tak Diet” – Pengakuan Lisa Blackpink Mengenai Badan Rampingnya Buat Ramai...

“Saya Tak Diet” – Pengakuan Lisa Blackpink Mengenai Badan Rampingnya Buat Ramai Terkejut!

lisa blackpink tak diet

Tak payah nak kenalkan pun, anda semua mesti kenal dengan ahli kumpulan Blackpink yang berasal daripada Thailand iaitu Lisa. Nama gadis ini tak pernah lekang daripada menjadi sebutan netizen. Nak tahu tak kenapa? Antara sebabnya ialah tariannya yang memukau dan nampak tajam. Tapi tak menghairankan pun sebab dia sudah berlatih menari sejak dari kecil lagi.

Selain itu, Lisa juga mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan. Tubuh badannya yang ramping juga menjadi idaman para wanita di luar sana. Berkat genetik semula jadinya yang tinggi, badannya sentiasa nampak langsing. Pakailah baju apa pun mesti nam pak terletak dan mahal!

lisa blackpink ramping

Disebabkan oleh tubuhnya yang menjadi sebutan ramai itu, sudah tentu semua ingin tahu tentang rahsia penjagaan badannya supaya kekal ramping sentiasa. Walaubagaimanapun, pendedahan Lisa nyata membuatkan semua terkejut.

Saya tak diet.

Jawapannya itu menimbulkan rasa cemburu daripada semua orang terutamanya para wanita. Bayangkan tak perlu bersusah payah mengawal pemakanan tetapi kekal kurus. Pun begitu, rapper kumpulan BLACKPINK itu menjelaskan bahawa dia sering melakukan senaman Pilates bagi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal tersebut. Malahan ia meningkatkan kemampuan fleksibiliti dan kekuatan ototnya.

lisa blackpink ramping

Bukan itu sahaja, gadis cantik tersebut mengakui sering menghabiskan masa berjam-jam untuk berlatih menari. Jadi, itu juga adalah antara faktor utama membuatkan berat badannya susah nak naik.

Untunglah Lisa ramping macam tu!

Sumber: Youtube

Loading...