Ikuti Kami:

“Saya Tak Boleh Tidur Walaupun Sebanyak Mana Pil Tidur Diambil” – Ramai Risau Lihat Entri Terbaru Mina

“Saya Tak Boleh Tidur Walaupun Sebanyak Mana Pil Tidur Diambil” – Ramai Risau Lihat Entri Terbaru Mina

Adakah masih ingat dengan kisah buli kumpulan AOA di mana ketua kumpulan tersebut iaitu Ji-min dikatakan telah membuli Mi-na sehingga membuatkan dia mengalami kemurungan dan mencuba untuk membunuh diri bberapa kali.

Walaupun kes tersebut sudah selesai dengan Ji-min mengundurkan diri daripada dunia seni serta-merta dan Mi-na turut berjanji akan memulihkan semula dirinya dengan rawatan kesihatan, nampaknya entri terbaru wanita itu membuatkan ramai yang berasa risau.

Saya tak boleh tidur walaupun sebanyak mana pil tidur yang saya ambil. Bila saya akan dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan apa-apa. Pernahkah saya dapat tidur sebegitu? Saya merasakan seperti mahu melakukan sesuatu dan perlu melakukan sesuatu.. tapi apabila saya cuba, saya terfikir apa yang boleh saya lakukan sekarang. Saya hilang kepercayaan terhadap orang yang dipercayai, sehingga membuatkan saya mempersoalkan apakah sebenarnya manusia. Saya tak boleh berjumpa dengan orang kerana saya akan berasa berdebar-debar selepasnya. Semuanya masih sukar. Saya hanya mahu tidur. Sesiapa ada tak cadangan klinik psikiatrik yang bagus di sekitar Dongtan ataupun Ilsan yang menawarkan perkhidmatan kaunseling yang baik dan memberikan ubat yang bagus? Tolong cadangkan kepada saya.

kwon mina tak boleh tidur

Melihatkan entri wanita itu yang meluahkan kebimbangan tidak boleh tidur dengan tenang, ramai peminat yang berasa bimbang dengan keadaan Mi-na kini.

Harapnya dia akan mendapatkan rawatan yang terbaik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...