Utama Drama Korea “Saya Tak Biasa..” – Park Sunghoon Akui Sukar Bawa Watak Dalam ‘The...

“Saya Tak Biasa..” – Park Sunghoon Akui Sukar Bawa Watak Dalam ‘The Glory’ Atas Sebab Ini

park sunghoon the glory

Semakin dikenali ramai kini, siapa sangka tuah Park Sung-hoon terletak pada drama “The Glory”.

Terbaru, Park Sung-hoon yang memainkan watak sebagai Jeon Jae-jun dalam “The Glory”, telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama majalah Harper’s BAZAAR Korea.

Menerusi video temu bual yang dikeluarkan di YouTube, pelakon lelaki itu menjawab beberapa soalan berkaitan drama berkenaan dan pelbagai lagi. Khususnya, ada soalan yang berbunyi,

Apakah perkara yang paling sukar apabila awak melakonkan watak Jae-jun?

Jawab Park Sung-hoon,

Kami terpaksa merakam adegan tentang musim sejuk pada waktu musim panas. Jadi, hari itu adalah hari yang sangat panas. Saya berpeluh sangat sehingga sukar untuk melakukan penggambaran.

Tambahnya lagi,

Apa yang sukar untuk melakonkan watak itu ialah saya perlu mencarut, sedangkan saya tidak biasa dengan perkataan sedemikian. Jadi, itu amat sukar.

Memang menjadi sangat Park Sung-hoon bawa watak Jeon Jae-jun, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERYouTube
Loading...